Saturday, December 29, 2012

[ bus sekolah ]

tajuk entry memang tidak akan sama sekali dengan apa yang akan ditulis tetapi tetap berkait dengan perihal bus. Sepanjang aku hidup ni aku memang dah biasa naik bus. Paling jauh aku pergi bila aku kena masuk matrik di Penang dan sekarang pula bila aku kena campak jauh belajar kat Melaka.

sedih woo naik bus lama-lama ni.Mahu tak rasa pinggang mahu patah, mahu tak rasa punggong dah jadik berpetak macam spongebob, mahu tak sakit kepala, mahu tak badan sakit-sakit. Segala macam ada. Kalau pergi Penang ambik masa 6- 8 jam untuk sampai, sekarang up to 12 hours untuk sampai Melaka kalau dari Kelantan. Pehh, survive habis. Tapi, semua ni akan jadik resam hidup, akan jadik alah bisa tegal biasa dan akan jadik memori suatu hari nanti. Bersusah dalam menuntut ilmu, one day kita pasti akan kenang semua memori yang berlaku.

jujur aku cakap, banyak jugak peristiwa pahit manis jadik sepanjang aku naik bus ni. bila aku recall balik, boleh gelak habis. Rentetan memori bersama bus, pelbagai jenis bus, termasuklah bus sekolah yang dijadikan bus carta. hiks.

# bus pernah breakdown masa nak pergi penang. siap bocor lagi.Imagine baju kau tetibe basah bila sedar dari tidur sebab ade part dalam bus to bocor.

# pernah nyaris kena tinggal dengan bus masa stop kat Pahang. Ni dengan syida on the way nak balik Melaka. Masa tu bus dah gerak ok, aku dan syida tergamam tengok bus tu jalan.Nasib baik pak cik bus yang lain baik hati tolong hon bus kami pastu dia stop. lari macam nampak hantu untuk naik bus tu lepas tu. Aku insaf dah lepas tu. Nak turun pergi toilet pun aku cepat-cepat berebut toilet sebab takut kena tinggal.

# nyaris terlepas bus masa nak balik kelantan. Dengan syida jugak. aku dengan syida gerak lambat dari maktab sebab konon nak solat dulu, eh kemain selalu solat je dekat melaka sentral tu tapi tetibe nak change the ordinary habit. Ni la jadiknya. Aku berlari-lari dengan trolley bag macam penguin bawak guni ikan pergi kejar bus. Nasib baik sempat. Aku memang ada ikhtiar hidup yang tinggi sebab siap call lagi kaunter bus tu cakap kami akan lambat.macam buat apointment pulak.

# aku pernah jatuh dalam bus. Ni zaman muda mudi zaman sekolah dulu. Peh, malu tahap maksima. lagi best membe-membe buat tak kenal pun aku. mak cik dalam bus tu tolong angkat aku. Membe aku malu sebab aku jatuh atas seorang lelaki. Biasa la, bus pergi outing kan kena bersesak sikit. tak dapat seat kena berdiri. Ni la jadiknya bila terlepas tangan dari pemegang tiang dalam bus tu. Kalau lelaki tu hensem boleh jugak aku buat ngorat. Ewahh kemain. *tampo pipi *

# pernah stuck lama gila bila out of sudden jadik accident. If anyone could remember, ada satu accident ngeri melibatkan bus delima yang meragut nyawa agak banyak tu. Cukup ngeri. Haa, masa tu kami group tesl on the way balik dari hutan belum untuk kos subjek kami. Lama kemain sampai bateri fon pun habis, line terus meroyan, and sempat tengok bangkai bus delima dan sampah bertaburan atas jalan raya. Ngeri. Patut kami schedule sampai pukul 8 malam, terus sampai dalam pukul 2 pagi.Esok pagi terus ponteng assembly sebab penat terlampau. hiks

# kena marah dengan pak cik, kena bersesak sesak dengan luggages passengers lain dan kena endure dengan toilet di perhentian yang macam ....euwww,hard to describe ok, too awful.

best jugak naik bus ni, biasa la. aku bukan anak orang kaya nak naik flight selalu. Kalau mampu pun malas aku nak menapak dari airport nak kena ambik transport lain lagi untuk sampai ke destinasi, memang leceh la. Apa salahnya naik je bus, sampai terus stesen tak jauh dah dengan tempat belajar.

naik bus ajar aku untuk survival sebab aku boleh tidur nyenyak dengan kerusi yang keras macam kerusi batu. Asalkan ada selimut, stoking, mp3 . cukup. tidur lena macam tidur atas katil oiii. hik

lepas ni ambik memori naik kereta api pulak. Nak rasa macam mana pulak rasanya ni. ;)

No comments:

Post a Comment