Friday, December 28, 2012

perempuan itu.....



perempuan itu, memang kasar dari segi percakapannya. memang pelik dari segi perangainya, cukup gila-gila. Bila kawan-kawan aku yang boleh aku label 'baik n well mannered' terjumpa perempuan itu di KBMALL dia tegur aku 'hoi, buat ape kat sini meh? ' terus aku balas sapaannya mengikut ritma dan rhym perempuan itu.Ye, jawab dengan gila-gila jugak.

Sejurus lepas perempuan itu berlalu, kawan-kawan aku terus melabel 'perghh, kasar gila' . Aduh kesian perempuan itu. Manusia ni cukup cepat melabel kan? tidak terkecuali aku. Aku kenal perempuan itu lebih dari mereka kenal. Perempuan itu nampak luaran cukup kasar, tapi perempuan itu yang selalu ingatkan aku untuk cepat-cepat beli tiket bus, yang selalu bagitahu kalau tiket dah mula dijual, yang sentiasa murah dengan senyuman, yang tidak pernah lekang untuk tegur dan sapa aku dari jauh.

lebih baik aku berkawan dengan species macam ni yang dilabel serong oleh certain people daripada berkawan dengan mereka yang nampak luaran cukup baik dan well mannered, tetapi sebenarnya lebih berbisa daripada seekor ular, dalam diam tunggu masa untuk menjatuhkan mangsanya. pengalaman buat aku tidak mudah untuk pilih kawan ikut luaran. Lebih baik kasar bahasa tetapi cukup sayang akan kanak-kanak daripada perempuan yang cukup manja dan menggoda yang benci akan kanak-kanak. I met these kind of people along the way I grow up. biar kasar dengan membe tetapi cukup hormat akan orang tua dan orang yang baik itu sudah cukup. cukup bila kita kenal mereka, kita tahu hati mereka tulus dan hati mereka tidak kejam. Aku serik jumpa perempuan baik tetapi hati kejam, heartless dan selfish. Cukup.

Selagi aku tak berkawan dengan pengkid or dengan perempuan yang merempit, smoking, teguk arak, pukul orang sana sini, cukuplah. Aku masih tahu batas memilih kawan. Berkawan biar seribu, tetapi hidup biar ada pendirian kita sendiri. Jangan jadik macam lalang yang ikut apa orang cakap. Kalau berkawan dengan mereka yang kasar, jangan kita yang kasar sudahla kan. Berkawan ni biar kita ikut contoh yang baik-baik yang ada pada mereka.

it depends on you, kadang-kadang berkawan dengan orang yang pelik ni boleh buat kita belajar something yang tidak ada pada orang normal.  Kenal dulu baru judge, ottoke? 

No comments:

Post a Comment