Sunday, January 13, 2013

[ bahana twitter ]


actually I made a stupid mistake by having my classmates and IPG mates in my twitter. my twitter should be very private and they actually forgot the ethic of using twitter since twitter is much more open compared to  facebook. Bahana twitter, bila ada yang terasa melampau dan my tweets dah jadik begitu hot dan penuh kontroversi menjadi buah mulut. Well, never mind. aku tak perlu pergi heboh-heboh pasal ni nak bela diri aku.

memang salah aku sebab reply tweets someone ni bila dia tweets penuh rebellious berkenaan perihal dia kena pilih jadik calon jpp. Tapi adalah salah dia bila terasa tak bertempat pada tweets yang bukan untuk dia dan mulalah nak gelabah tak tentu pasal. Mula duk stress fikir bukan-bukan. What the heck. Opinion aku la, kalau kau tu mudah terasa dengan certain tweets, memang sah lah kau yang bersalah.  Since aku dah apologize aku rasa better aku sign up untuk another twitter yang tak ada langsung pun budak ipg aku dan aku ni jenis yang ignorant. Aku tahu,ada a few yang datang bercerita pada aku cakap pasal classmate mengumpat aku dan others, tapi aku tak nak terlalu percaya pada rumours. Tapi manusia ni mudah percaya pada rumours and other's assumptions.

Prinsip aku, my close friends tak akan pernah aku cakap bukan-bukan pasal mereka. So far, aku tak pernah bercakap buruk tentang rumate aku (melainkan kutuk-kutuk manja), tentang syida, nabilah, iffah, syuk, dan yang lain. Never. unless orang tu memang buat aku annoying dan selfish menyusahkan orang. (tapi aku a kind of bit kecewa if orang-orang yang aku tak pernah mengata ni mengata or talk behind my back pasal aku) . Pasal this someone, let me explain from A to Z. Lantak la if kau nak baca or tak.

' kita mula renggang bila aku up tweets yang aku tak suka dua orang member classmates aku. Which I never mention their names, tapi kau terasa. Ok, aku dah jujur dengan kau yang memang aku tak suka kau. Sebab kau selfish dan nak ikot kepala kau jer tanpa fikir akan orang lain. Girl, kalau dah tahu kenapa orang tak suka kau, since aku dah terus terang dalam tweets aku kenapa aku tak suka kau, kenapa tak boleh nak ubah lagi perangai?
kedua, isu bilik asrama dan isu jpp. Aku tahu kau play trick masa undian bilik, kau stress tahap cipan sebab takut tak dapat stay bilik kau sampai kau sanggup tipu tulisan kat kertas undian bilik pastu timbul masalah. Lepas tu what do you expect? JPP jugak yang kena bila akak yang dapat bilik kau tu macam pelik macam mana boleh dapat bilik yang sama padahal dia dah cabut undi. See, masalah kau yang timbulkan sampai kena buat undian bilik balik. selfish sampai menyusahkan orang lain. Kalau kau yang kena, kau menyirap tak?

ketiga, kau up tweets yang kau nak benci / dendam dengan jpp kalau ada jpp yang ambik bilik kau yang kau tengah stay untuk undian bilik since jpp dapat pilih bilik. What do you expect? Kalau kau terasa dengan tweets orang lain, kau tak rasa ke jpp tak akan terasa sedikit sebanyak dengan tweets kau yang penuh selfish tu? Nak dendam sampai mati kau mampu ke? Aku nak tengok kau suffer daripada kebencian kau tu. Even though aku ni memang sengaja pilih blok B sebab tak nak sama dengan satu blok korang, tapi aku rasa it is not fair la kau tujukan pada jpp lain sebab aku pun jpp jugak.Come on la, tak semua benda ikut hal yang kita nak kan? kau pun cakap pasal tu jugak once before. So act according your words la.

Kalau macam tu, apa kata kau jadik jpp , mesti kau boleh pilih bilik dengan senang hati. Setakat yang aku faham, salah satu kelebihan jpp adalah dapat pilih bilik, yang lain kami dapat kata-kata yang menyakitkan hati,especially daripada manusia yang tak paham macam kau. (konon put yourself into my shoes konon, kau pernah letak diri kau dalam situasi orang lain? ) Reflect yourself girl, be matured.

lagi satu, apa perasaan kau bila classmates sendiri tidak cuba untuk paham situasi JPP macam aku dan ASH? kami bukan classmate korang ke sebab jadik jpp? bila ada rumours cakap classmates sendiri mengata jpp which include both of us, aku cakap pada diri, my classmates tak akan buat macam itu. Hopefully anggapan aku betul.

kau terpilih jadik jpp.Stress kemain. Tapi kan dah janji yang tesl tak akan vote untuk kau, so why worry? Kau boleh rebel untuk tolak jawatan macam kau buat untuk PRS. Why not? Tapi kau mention tak puas hati tesl main undi. Boleh bertenang tak? Aku dulu, dengan ASh dengan didi semua pun naik bertanding jawatan atas dasar paksaan. Aku buat manifesto dalam kepala otak dua minit sebelum aku on stage, tapi entah apa nasib aku dapat jadik jpp. Aku dah la tak suka maktab, pastu kena jadik jpp pulak. Tapi aku terima, sebab aku rasa maybe ada something that I can learn bila aku jadik jpp nanti.  Tapi kau cakap unfair sebab tesl main undi budak kos lain main demokrasi sebab kau nak lepas daripada undian kan? Paham sangat permainan kau. Kalau demokrasi mesti bukan nama kau yang naik.
tapi sejujurnya aku cakap, kau layak untuk jadik jpp since kau ada ciri-ciri kepimpinan dan aku suka kalau kau jadik jpp sebab kau boleh rasa sendiri apa yang jpp lain rasa peritnya bila kena tindas, kena marah dan kena kritik dan supaya kau boleh telan balik segala apa yang pernah mengata pasal jpp sebelum ni. Maybe it is good for you to have your own karma, what you give you'll get back dengan harapan you will learn to see life in different way. Don't get me wrong, this is not a revenge, but this is an opportunity for you actually. Tapi kalau kau tutup hati kau dan tetap dengan pendirian rebel kau, you learn nothing except rubbish. Orang cakap umpama jilat balik ludah sendiri.
dear you, I only have attitude to dislike but i never been able to hate. Tapi since hal ni dah jadik, aku mohon untuk kau tidak kacau hidup aku. Aku pun malas nak ambik tahu pape pasal class. Asalkan kau tak buat hal yang menyusahkan aku sudahlah. Lepas ni, aku tak heran dan tak kesah since aku bukan lagi jpp dan aku memang malas nak ambik port dalam kelas even though aku tahu pasal certain things. Well, jangan dilayan sangat rumours tu kan.Jangan jadik bodoh untuk percaya pada satu pihak jer sekalipun pihak yang duk cerita tu adalah kawan baik sendiri.

lagi satu, aku harap lepas ni jangan nak terasa lebih-lebih, kalau terasa,feel free to wear the words. Maybe sebab kau salah tu yang kau terasa. Kau cakap kau nak berubah kan, read my tweets kenapa aku tak suka akan attitude kau, tu dah jujur lah tu since kau pun dah tahu aku tak suka perangai kau. Bukan kita tak boleh bergurau senda sebelum ni, tapi since hal ni dah jadik aku maybe nak avoid kau untuk elakkan sebarang masalah lagi dengan kau. Don't worry, I will never hate. Jangan nak terasa ok? Aku pakai twitter satu lagi untuk cakap apa yang aku tak puas hati.don't worry be happy.

off topic but in the context

pelik jugak bila orang yang tak pernah ada twitter ni mula tunjuk minat dgn tweets aku dan mula follow aku. memang ada yang berkata,memang ada yang membawa mulut.Macam ni la kalau duduk maktab semua perempuan, tiada hal lain kecuali gosip sana sini. Padahal aku tak pernah pulak nak stalk2 twitter orang pastu nak pergi heboh satu dunia pasal someone ni. Tak perlu, twitter ni tempat orang luahkan perasaan, maybe apa yang dia post tu untuk sementara, dari jiwa yang tengah marah. Mana tahu lepas tu dia dah reda. Tapi si pembawa mulut ni yang akan sebabkan hubungan lagi parah. Si A luahkan kat twitter sebab tak nak gaduh dengan si B tapi si C pergi cakap kat si B yang si A ni marah kat si B. Maka bergaduhlah sampai ke sudah mereka ini. AKu mohon untuk aku tidak ikut jejak langkah si C ni. Dosa pengadu domba perlu aku jauhi,lagipun, aku ni species kesah pasal orang ke? pasal classmate aku sendiri pun aku jarang bercakap or ambik tahu. Sorry if I am being too ignorant.

buat kawan sorang lagi yang aku tak suka, aku sebenarnya bukan tak boleh ngam langsung dengan kau. Kau sangat baik dan aku memang anggap kau kawan baik. Aku ulang kawan baik. Hanya pada certain situation bila kau kasar tu yang aku tak boleh terima. Tapi lama-lama aku ignore je that feeling and aku boleh masuk balik dengan kau. So, kau lagi percaya pada apa yang disampaikan pada kau pasal tweets aku, up to you. Aku tweets sebab nak lepaskan kemarahan aku.Aku tak macam orang lain yang boleh pendam macam tu.Maaf.
Sekian. for both of you, I am sorry. budak ipg kpm or my classmates, maaf. Tapi setakat ni my tweets tak de lagi nak mengumpat or kutuk korang. Hanya a few not more than five person yang aku tweets tak puas hati.ottoke? sebab aku hormat korang as friends, sebab aku bukan jenis ambik tahu sangat pasal orang, sebab aku cherish friendship dengan korang dan sebab aku sendiri ada kelemahan aku sendiri.

ohh bahana twitter. Wahai akak, sebab unmention dengan akak la, ada orang lain terasa dengan tweets responsibility tu. itu general statement. Akak tu cakap, kenapa perlu terasa? bukan mention nama pun. Oh scary.so selamat, aku pakai twitter baru. Tak perlu ada yang nak butthurt dengan aku, dan aku ada privasy aku sendiri.Tapi sayang sungguh nak deactivate twitter lama. sob sob sebab ada akak, ada nana dan yang lain. Aku diamkan diri sekalipun ramai yang berkata pasal isu ni, aku tak kesah if mereka cakap aku yang salah. Aku tak perlu cakap pape, sebab ini hal aku dan dia. Mereka nak cakap, silakan. Malas nak defend diri sendiri. Tak perlu heboh satu dunia, tak perlu jadik tak matured.Cukup aku jadik tak matured sebab dealing dengan someone yang macam ni. tunggang terbalik dunia aku.

ok cukup.  My blog ni pun private, if mereka dapat jumpa mereka hebat. hehe. then keep saying a few things about me,silakan.

tak suka tak bermakna benci, tak bermakna tak boleh accept langsung as friends. Haih, hal kecik diperbesarkan hanya sebab kata-kata. So syaz, hati hati. Jangan mudah berkata-kata. Diam itu lebih baik. #self reminder.

No comments:

Post a Comment