Saturday, November 29, 2014

balik pulau

non-penangrian : Esok kita nak pergi mana?

me who acah-acah so expert tahu about penang : balik pulau

non-penangrian : bukan kita dah kat pulau ke? nape nak balik lagi? kita kan dah kat pulau nak jalan2 ni haa, bukan kat seberang jambatan tu.. *bersemangat waja dia explain kat aku*

me who acah-acah so expert tahu about penang : !@#$%^&*() . tu nama tempat la *sambil buat muka mintak penampar *


nama tempat ni kadang-kadang boleh buat topik gaduh. Kalau kat melaka, ada nama tempat ni, kandang. aku dah nyaris bertekak dengan member aku pasal kandang ni.

aku : kita nak pergi mana dulu ni?

member melaka : kita pergi kandang dulu. Ambik tempat pembakar ayam.

aku : apehal nak pergi kandang ? sejak bila pulak pembakar ayam tu duk kat kandang? * i thought dia bergurau at first, sebab nak menganjing aku tanya soalan tu*

member melaka : tu nama tempat la bongok. Kandang tu tempat abang aku tinggal. kita nak gi ambik pembakar ayam tu kat umah dia.. ngek!

me : !@#$%^&*() *mohon menteri melaka tukar nama tempat kandang tu sekarang jugak*

No comments:

Post a Comment