Sunday, December 14, 2014

Everything was splendid.

Sabtu. 13/12/2014 . a moment to remember. Celebrate love between Omar and my little pumpkin Ashratul Izzati. My classmates and I were there in Kajang to witness a beautiful yet touching moment where she, our first classmate to be someone's wife to Omar Mustakim . Alhamdulillah, the ceremony went well . Everything was splendid. 

Aku dengan Syida pergi ke Kajang Khamis malam sampai pagi sabtu tu kat stesen bus kajang. Ash ambik kami balik ke rumah dia. Shera and Awanis dah sampai awal lagi and guess what, Firdaus ,Awanis youngest brother ada sekali temankan akak dia datang kenduri Ashratul. Comel sangat ni... Jumaat pagi tu bermula lah aku dengan Syida tolong tolong ape yang patut . Aku dengan Syida kemaskan bilik pengantin, aku kemas bilik and rumah ash sikit sikit. (since aku dah biasa kemas kan rumah ash ni) . Petang tu Syida , aku dan dua orang adik Ash, Alang and Izzat pergi town ambik adila kat stesen bus, withdraw money, ambik kunci homestay, beli barang cari kotak.. Sesat dan sangkut dalam jem (padahal dah bawak budak 2 orang tu sebagai penunjuk arah.. ngeh3 nasib lah nasib) ..

Malam tu, bawak classmates yang lain yang baru sampai dari kedah, johor and melaka pergi homestay. Tu pun salah jalan jugak. Haihh, sense of map aku ni fail betul lah.Diyana pun bawak adik, Izzatul drive dari Kedah dengan mak dia, anak buah dia sorang dengan Izzati. That night, makan makan, kemaskan dapur mop lantai sikit, susun goodies so balik homestay midnight tu. Tak sempat nak makan sate kajang. Tsk tsk. 

It feels so good to spend some times with your classmates, nak nak bila kita tahu kita ada masa less than a year before tamat study.. Tidur ramai ramai, sakat adik Diyana, Daniel dengan Firdaus, gossipping,, sakat classmates, berebut iron baju, berebut magee.. semua kami buat. Best kot kalau dapat duduk satu rumah pastu menggila sama sama. Biasa la, all girls college, perangai kami nakal dia lain sikit.. hahaha.Lepas ni entah mana kami tercampak dipostingkan entah ke mana.

Esok pagi, aku paling last mandi paling last bangun (6.30 pagi bangun) tapi siap sama sama dengan yang lain.. So aku Syida , Diyana, Daniel, Shera and Awanis tak pergi terus rumah ash pukul 8 pagi tu, tapi pergi berkejar untuk ambik hand bouquet fresh flower kat kedai bunga and ambik kek hantaran kat kedai kek. Tu pun sesat jugak alahai padahal Alang and Izzat dah tunjuk jalan semalam tu..At least success jugak jumpa jalan kira kental lah kan.. Syida paling cool bawak kereta froggy manual ash yang suka mati tengah jalan. Aku kira dekat 30 kali kot sepanjang Syida drive kereta ni pergi sana sini , kereta tu asyik mati je..Cuak pun ye jugak (tak nak lah aku bawak manual camni, bikin malu je kalau mati tengah jalan, pastu gelabah tak tentu pasal). hahaha.

9.00 am dah sampai rumah Ash. bakal pengantin tengah make up. At 10 am, pengantin lelaki sampai, pastu tok imam dengan saksi. Tok imam tu serious kelakor tahap international bila dia bagi tazkirah pasal perkahwinan.Ayah ash sendiri yang menikahkan ashratul. I could see his tears the moment he conveyed his speech. So ready untuk akad nikah lepas tazkirah ringkas tu..We, classmates seramai 11 orang kot ada kat tepi tu to witness the moments. The moment 'sah menjadi suami isteri lepas Omar lafazkan aku terima nikahnya tu,, we couldn't help our tears to burst. Syida paling sebak . Aku ni nasib baik la pakai maskara so I don't want to ruin my make up because of tears , memang kena control habis. cepat cepat lap air mata.. lol. Tapi serious sebak, we were so happy for her. Finally dah jadi isteri orang. Marriage is such wonderful. Lafaznya suci, ikatannya melengkapkan fitrah seorang lelaki dan seorang wanita.

Tengah hari tu,, terus bersanding, makan beradab dan kami beradap hadap kambing bakar.Serious sedap dan of course syazliana ni jadik badak berendam lepas ni..hadoii.Ambik gambar bagai, ambik video bagai,, makan kenyang kenyang pastu mereka yang jauh harus pulang. Syida, Izzatul, Izzati, dan Adila bergerak balik ke Kedah sebab esoknya Ana , our classmates akan bertunang.Shera, Firdau and Awanis pun bergerak balik ..Diyana dan Mas Eka pun sama.It is just Scha and Ain Azlan yang sampai pada waktu majlis sebab mereka dari Seremban. Tinggallah aku dengan fatin (selaku pengapit) temankan ash sampai lah sesi photoshoot kat taman saujana hijau putrajaya sampai pukul 6.30 petang. Penat tak usah cakap. Kami yang temankan ni pun penat, yang bergambar tu apatah lagi.

Stop untuk solat kat stesen petronas before Ash and Omar hantar aku dengan Fatin kat stesen komuter Kajang. We need to buy our bus tickets to go home..


So selamat pengantin baru Ashratul dan Omar. Promise me, you'll be a devoted wife to your husband. Insyaallah, besar pahala nya. Next year dapat baby cepat cepat taw, sekarang ni tak boleh lagi pregnant sebab terikat dengan kontrak perguruan.. 

We love you.. 

13 orang classmates yang dapat datang.. Sorang ready nak bertunang, sorang kat sarawak, sorang pergi umrah lagi dua orang ada hal tak dapat dielakkan.. So lepas ni, who will be the next bride?

So enjoy the pictures ;) 

upon solemnization... Buat kat rumah pengantin,, She was so pretty.. 

usha bestman Abang Omar actually time ni.. hahahaha. 

barakallah my dear Ash and Omar.

Anak sepupu ash. Baru bangun tidur.. Baik betul baby ni, diam je aku dukung dia sebab mak dia mana pergi entah.. 

Lepas ni turn kami pulak. Eh~

we classmate. Tesl 1 Jan 2012.. lagi 2 orang belum sampai dari seremban.

who will be the next bride? Syida said, firdaus kot.. hahaha.. comel betul budak firdaus ni.. Pipi dia bulat.. 

romantik gittew tolong kipaskan aku.. 

Got this from Syida in class group whatsapp. Tahniah Ana and Hasnul Hakimi.. 

with one of the videographer for the wedding.. 

waiting. hurm

lubang hidung dan muka kembang macam pinggan 

finally she got married.. Happy for you babe.

model cupcake yang hanya sempat kami rembat dari hantaran . Kelam kabut nak pergi photoshoot sebab hari dah mula hujan. So paham kenapa tudung aku ronyok macam tu sekali? lol

yeayyy Ash dah kawin  .. Semoga kekal until Jannah..


Hasil kerja tangan tak seberapa aku dengan Syida.. cantik pulak bantal yang Ash tempah tu. cute. 

thank you Ridzuanyahya photography for this beautiful pictures.... seriously cantik... 


Sedikit perkongsian di dalam tazkirah oleh tok imam kelakor tu : Islam itu mudah, tapi jangan kita mudah mudahkan.. sama sama kita beramal, Insyaallah. 


No comments:

Post a Comment