Monday, December 22, 2014

KIL

last night, I spent my internet quota on watching KIL. It was a really good movie to watch. Simple, tapi message dia mendalam.

Dan aku suka hero dia, redza minhat. (off topic, I always attracted to educated man like him. Brainy man, I guess, ciri ciri lelaki idaman,, ).  ok, enough rambling.

What I like about this movie is the topic or theme that it tried to convey to the audience. tema, suicide. Kisah seorang lelaki yang ingin bunuh diri selepas menyalahkan diri di atas kematian ibu dan adik dalam sebuah kemalangan. He tried so many ways to die, he didn't .

Aku suka tema yang dibawakan oleh filem ni, suicide.

I believe, there are some of us, perhaps at least once in a lifetime wish to commit suicide. I did. Seriously I once wished to commit suicide. Bila hidup kau dah tak tentu arah, bila kau kena paksa ambik kos yang kau paling tak suka, bila kau kena marah je selalu, bila kau asyik kena compare dengan orang lain, bila kau asyik kena tanya soalan menyakitkan hati.

Bukan tahap stress dah, tapi depress. depression.
Tapi aku bersyukur, manusia manusia di sekeliling aku yang banyak membantu, dan paling penting, Tuhan membantu aku untuk terus kuat dan sabar. Kadang-kadang orang lain tak paham apa yang kita rasa sekalipun kita share masalah kita dengan mereka, tapi yang menguatkan aku, adalah doa dan adanya Tuhan dalam diri.


dan aku juga dipertemukan dengan seseorang, yang hidup nya aku kira, kosong. Penuh dengan dendam, dunia dia suram, dan kelam. He isolated himself from others, from normal world. He keeps everything inside, and he always think about committing suicide. I once told him, percayakah,, orang yang dah bunuh diri tu nak hidup kembali. Kalau lah kita mampu bercakap dengan mereka, I believe they will say they regret committing suicide.

Berkali aku pesan, berbuih mulut aku pesan, letakkan Tuhan dalam diri, dekatkan diri dengan DIA, Insyaallah kita pasti ok. I am not very pious, tapi cukup lah aku tahu Tuhan itu adalah pada DIA untuk aku bergantung. Masalah itu, untuk diselesaikan dengan cerdik, bukan dengan cara melarikan diri, dengan cara berdendam,,.... Orang lain lagi besar masalah dia, tapi betapa mereka kuat, sebab mereka yakin pada Tuhan. Tapi kalau solatnya tidak, hidup nya nak isolate dengan orang, sampai bila masalah nak selesai. Tidak mencuba untuk selesaikan masalah.

Cuba. Bunuh diri bukan penyelesaian.

dalam movie ni cakap 'orang yang bunuh diri tu sangat pentingkan diri'

ye, bagi aku ye. cukup pentingkan diri. Kau fikir dengan bunuh diri, kau tenang? Kau lupa dosa menanti bila kau bunuh diri? Kau tak tahu orang orang yang akan sedih bila kau bunuh diri, mak bapak kau,, kawan kawan kau. Kau je rasa orang lain tak ambil peduli pasal kau, sebab kau terlalu pentingkan diri mengasingkan diri daripada mereka.

Tuhan, DIA wujud. Sujudlah, mintak lah pertolongan dari DIA. dan berusaha la untuk selesaikan masalah dengan sebaik mungkin. Menamatkan segalanya, menamatkan perhubungan, melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah.


Tipu kalau manusia itu tidak ada family problem, friendship problem, financial problem (nak nak gst sekarang ni) , tapi bunuh diri tu bukan penyelesaian.

let say, kau nak bunuh diri.. Tapi ada somebody nak kidnap kau,, will you struggle to save yourself? When your house kena ceroboh, kau takut? if yes, sebenarnya kau pun sebenarnya takut untuk mati. You struggle to live when someone is trying to kidnap you.

Why waste your precious life?  Di luar sana, beribu manusia yang struggle untuk hidup. I have seen a few,, they struggle to live, at least to live for their beloved people,, tapi kau semudah itu kau nak akhiri sebuah kehidupan?

you, selfish.

kalau kau cakap tak de orang nak sayang kau, tak de orang nak ambik peduli kalau kau bunuh diri sekalipun, again aku cakap,, kau manusia paling ego dan paling pentingkan diri.

apa kau yakin, bila kau mati, hidup kau tenang di sana?

bertahanlah. TUHAN, letakkan DIA dalam diri. Dekatkan diri dengan DIA, bukan menjauh, bukan menyalahkan DIA..

No comments:

Post a Comment