Thursday, December 18, 2014

Tazkirah.

School holidays mean nothing for me, it is dull and boring. I have to stay at home, with no friends to hang out. I hardly watch tv, and most of the time, I kept myself locked in my room. 

I wasted my school holidays,, pheww. Sedih betul holiday macam ni. Tapi itulah, nak buat macam mana. I have been reading a lot actually, I look up for information. When I watch tv, I know I can watch my mum's favourite channel only, which is tv al hijrah.. So, dapat jugak lah something daripada tazkirah yang diberikan oleh ustaz dalam program bicara ilmu. I think I wanted to share the knowledge here, I don't care if nobody reads this blog but if someone stumble upon this blog, perhaps by reading this can share some benefit to him.

1. topic : buku catatan amalan
menurut perkongsian ustaz dalam topik buku cacatan amalan ni, di padang mahsyar nanti, kita akan dihimpunkan untuk dipersembahkan satu persatu amalan kita sewaktu di dunia. Malaikat akan memanggil nama kita untuk dihadapkan di muka pengadilan, dan pada waktu itu, satu persatu amalan yang dilakukan akan ditunjukkan. Dan, tidak akan terjadinya masalah tersalah panggil nama ke, tertukar orang ke, sebab nama kita akan dipanggil dengan nama penuh. Oleh sebab itu, adalah dinasihatkan untuk kita letak nama yang mempunyai maksud dan pendek sahaja.

kita tengok kan, sekarang nama budak budak kemain panjang dan kemain berbelit lidah nak sebut. I know, sebab I cikgu sekolah, Nama punyer lah pelik, danial pun dah boleh jumpa macam macam ejaan kot 'daniel la, daniyel la,' nama pulak kalau boleh nak panjang sampai 4 baris.. 

Oleh itu, bersederhanalah kita dalam meletakkan nama untuk anak anak, yang penting baik maksudnya. 

2. nama hari kiamat

Satu lagi point yang cukup penting untuk aku highlight kat sini ' adakah binatang pun akan turut dihitung perbuatan mereka? ' 

ya. 

Menurut ustaz, ada dijelaskan dalam hadis, di hari akhirat nanti , binatang yang berbuat zalim pada binatang lain akan turut dihukum. contoh : 

' ada kambing besar bertanduk menendang kambing yang lemah dan tidak bertanduk atas dasar menganiaya kambing lemah tersebut ' 

maka, kambing besar bertanduk akan turut menerima hukuman. 

Jadi kita yang manusia yang diberikan akal ni, lagi lah akan dihukum walau sebesar zarah sekalipun. 

3. Halal dan haram dalam pembelian. 

first point, Rasullullah tidak menggalakkan perniagaan yang berkonsepkan bida. Pembidaan. Melainkan atas reason tertentu yang dibolehkan. 

second point, perniagaan yang tidak halal ni hanya akan menghilangkan nikmat rezeki dan nikmat perniagaan. Remember, perniagaan itu kan dianjurkan dalam Islam. Tapi hilanglah nikmat sekiranya dilakukan secara tidak jujur dan boleh membawa kepada hukum haram. 

antara contoh yang dikupas dalam topik ini : 

' menjual karipap dengan harga rm1 sebiji. tetapi intinya hanyalah secuit. ' Kalau kita jadik pembeli, kita marah tak karipap tu punyer lah mahal tapi inti nya cuma sedikit ? Of course la. Banyak kita jumpa situasi macam ni. rasa macam kena tipu hidup hidup. masa ni lah, ada pembeli yang cakap 'aku doakan kedai karipap dia terlangkup' ..

Lihat. Jelas, nikmat perniagaan tu sudah hilang. Nikmat rezeki yang halal itu sudah hilang. Orang doakan yang tidak baik untuk kita. 

Satu lagi contoh baik : 

kita nak jual kereta, kita kelentong punyer lah baik punyer sebab nak kasi kereta kita laku.. 'kereta ni bagus, elok lagi, minyak habis pun kereta boleh jalan lagi' sampai begitu sekali kelentong nya. Ada lagi tak penjual kereta yang jujur yang akan cakap ' kereta ni dah 2 kali kena kejar dengan along, satu kali dengan mak mertua' .. Susah nak jumpa manusia penjual yang benar benar jujur. 

Ada satu kisah di zaman nabi, di mana ada sahabat yang ingin menjual hamba perempuannya . Dikisahnya dia memberitahu, 'sepanjang wanita ini menjadi hambaku, satu kali dia berdarah hidungnya'. Betapa nilai kejujuran dalam perniagaan itu diterapkan .. Zaman sekarang, susah nak jumpa yang betul betul jujur dalam berniaga. 


Jadi, sama samalah kita mengambil iktibar dari perkongsian yang tak seberapa ini . Lagi bagus kalau sendiri tengok program bicara ilmu ni setiap petang di tv al hijrah. 

No comments:

Post a Comment