Monday, December 22, 2014

things that I hate to see

things that I hate to see, or to read when I go online on my twitter or facebook.

1. orang kutuk someone tu for being fat. Orang gemuk selalu jadik bahan jenaka mulut celupar sesetengah manusia. you don't know their struggle to be socially accepted, precisely untuk jadik kurus balik. you don't know their struggle to build up their confident that being fat is not what they want. Patutnya kita support mereka untuk kurus, bukan kutuk. Support dengan ajak amalkan pemakanan yang sihat,, because you don't know some of them might starve to death just to be skinny again.

2. orang kutuk someone for being too skinny. Gemuk pun salah, kurus pun salah. Apa kau nak gila? Apa yang perlu mereka buat supaya tidak dikutuk? Define beauty? Some of them might end up with pills that boost up their appetite to eat, not knowing that those pills might take away their life.

3. orang kutuk kutuk rupa paras seseorang. Bibir tebal salah, mata sepet salah, gigi jongang salah,.kulit hitam pun salah, putih sangat pun dikatanya albino.. bukannya mereka buat fesyen disaster macam pakai legging dengan lemak berketul tersembul,, yang tu logik la kalau dikutuk pun.. because yang species macam ni, they asked for it. mintak untuk dikutuk. Tapi yang berkenaan rupa paras ni,, dah mereka dilahirkan begitu. Kau kutuk mereka macam kau cantik sangat? dan kau kutuk mereka ni, umpama kau kutuk ciptaan Allah. be careful with your words.

4. orang yang berlagak kaya dan panggil orang lain miskin sesuka hati. Not everyone was born with silver spoon in their mouths. You don't know their struggle to pay their study, to pay their rents, to pay their bills, .. you don't know their struggle cari duit untuk bantu adik adik. Kau, ye kau, yang kutuk orang suka hati, kau senang cakap sebab kau pakai duit mak bapak untuk beli hanbag gucci, prada, michael korrs (all those designer bags, shoes and clothes).. lepas tu boleh la kau berlagak besar. If you are such a rotten and spiled brat chil, who only know how to use your parents money to buy what you want, please shut your fucking mouth.

5. kutuk orang itu terlalu alim dan terlalu jahil. Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita. Orang merokok kita tuduh pelacur ( aku dengar dengan dua belah telinga aku sendiri, Allahu) orang yang tak pakai tudung ni jahat la itu la ini la.. Baguslah kita menjadi Tuhan untuk menghukum mereka, bukan mendoakan mereka. Orang alim pun kena tuduh alim alim kucing (kucing jadik alim aku tak pernah lagi tengok, so I don't know how that term boleh wujud,, kucing aku sendiri pun tak penah aku nampak alim). What about us? Perfect sangat kah kita? Kalau solat pun ada rasa riak dan ujub dalam diri, kau rasa semua amalan kau diterima?

come on. enough with these nonsense. cukup cukup lah mulut kita tu kutuk / tuduh orang macam macam. Kita tak alim sangat pun, kita tak perfect sangat pun... Jangan nanti di akhirat kita merangkak nak cari mereka semua yang pernah kita kutuk, yang pernah kita kutuk ni..

aku pun juga masih bertatih untuk tidak ringan mulut nak kutuk or judge orang. So jom sama sama kita amalkan ...

No comments:

Post a Comment