Sunday, January 4, 2015

react instead of create.

orang kita ni banyak nya suka react daripada create.
Cepat sangat latahnya, bukan nya duduk diam berfikir, mencari sedikit ilmu berkenaan sesuatu isu yang timbul.

Analogi mudah dapat dilihat melalui isu dna babi dalam cadburry dan juga program 'I want to touch a dog' . Isu ni sebenarnya telah pun menjadi isu bukan dalam negara kita je, tapi meluas, skop nya. Isu dan perdebatan telah berlaku sesama mufti di seluruh negara.

Pasal dna babi, kita mula kecoh tak nak makan cadburry sebab ada babi bagai, mula menuduh ni adalah rancangan keji Israel nak musnahkan umat Islam. Tapi pada masa yang sama, kita hanya hebat di atas keyboard, menjadi keyboard warrior, share post sana sini, tapi dalam kehidupan seharian kita, maksiat tetap kita buat tanpa rasa takut dan gerun sedikit pun pada Tuhan. Selamber badak je pegang tangan makwe, buat ringan-ringan dalam kereta. I mean, sebelum kita react tu, kita fikir dulu,, sebab sesuatu pertingkahan yang bercanggah dengan Islam harus dibincang terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukum. Islam itu mudah, yang zaman dahulu punya hukum kadang-kadang dah kena dilonggarkan di masa sekarang. Zaman berubah. Contoh mudah, merokok. Zaman Nabi dulu mana ada rokok , tapi zaman sekarang wujudnya rokok. Jadi, perbincangan demi perbincangan dibuat lantas dijatuhkan hukum haram. Tapi, orang kita lagi cepat react pada isu dna babi berbanding haramnya merokok.

Nampak jelas di situ? Kita ambik apa yang kita nak je, yang kita tak nak kita buang. Kita nak, means kita nak percaya yang babi tu haram, so kita ambik konsep tu. Tapi rokok, kita tak nak pun ambik hukum dia adalah haram dan berhenti merokok. We ignore that fact. Sebenarnya, mufti dan ulamak dari luar negara ada juga yang mengatakan it is ok to have a slight portion of pig fat dalam makanan ,, tapi dalam kuantiti yang cukup-cukup sedikit sebab benda tu kita dah tak boleh elakkan. Most of the food manufacturer adalah dimonopoli oleh non-muslim. So, bukan hanya cadburry saja yang ada dna babi tu, percayalah. Food product yang lain pun mungkin ada sama lemak babi tu, especially kalau base dia adalah bahan tenusu.

Berkenaan program 'I want to touch a dog' . Bagi aku, intention dia bagus, mungkin dari segi pelaksanaan tu yang problem. Penganjur tu sebenarnya nak bawak masyarakat untuk tidak terlalu paranoid dengan anjing, kalau tengok ada anjing kena dera, kena pukul, even kena panah kot oleh orang melayu kita kononnya hina sungguh anjing tu. Tapi mungkin pelaksanaan dia tu tak berapa betul bila membenarkan untuk memegang anjing, sebab tidak begitu mengambil berat akan sensitiviti masyarakat kita. Mulalah keyboard worrior bersuara lantang, ayuh kita buat program 'I want to touch Al Quran' , ' I want to touch this and that' , buat ugutan bunuh bagai.

Come on, masa ni baru nak buat program tu semua? Penganjur tu sebelum dia buat program 'I want to touch a dog' tu dia dah lama 'touch a heart'.  Selidik dulu background dia, berapa banyak program humanity dia dah buat, program dengan anak yatim, orang susah. Kita? Eleh, setakat duduk depan komputer taip komen panjang-panjang bashing him this and that, cakap dia gila la nak kena laknat Tuhan la, murtad lah. Like you are a GOD. Jangan suka-suka nak murtadkan orang. So far, apa yang kau dah buat untuk manusia? Ada anjur program dengan orang tua yang kena hantar kat pusat penjagaan orang tua? Ada anjur program kesedaran zina? Ada anjur program untuk anak-anak yatim? Paling tidak, ada join sukarelawan? You should be ashamed of yourselves. 'I want to touch Al Quran', program tu betul-betul dilaksanakan ke? Sebelum ni berapa lama Al Quran tu berdebu di atas rak? Maaf, bukan nak prejudis tapi inilah sikap kita.

React, cepat melatah. daripada create. Nampak bodohnya kita.

Kan bagus bila isu macam ni timbul, kita consult ustaz-ustaz, alim ulamak, consult hadis dan kitab-kitab, sebab isu ini melibatkan perbezaan mazhab. Di negara arab, selama jer mereka bela dan sentuh anjing. Dalam Islam pun dibenarkan untuk membela anjing tapi atas tujuan tertentu.

Kalau ilmu kita shallow, think before you react/talk. Kita perlukan mindset masyarakat yang bercakap/react based on knowledge, bukan hanya based pada emosi.

No comments:

Post a Comment