Wednesday, March 18, 2015

beautiful creatures.

children can be annoying sometimes, they can be curious and ask you with thousand of questions, but sometimes they can be wonderful and erm should I say, cute?

They are beautiful creatures. They were born without sins, they know nothing and we as parents will mould them. At this school, their main problem is attitude besides their weak academic performance. Bila kau dah masuk sekolah ni, macam-macam cerita kau akan dengar, bukan setakat cerita dari sekolah kau sendiri tu pun dah cukup banyak, tapi cerita dari kawan-kawan kau pun cukup banyak. Ada yang kelakar, ada yang sedih, ada yang macam eeeee annoyingnya. Somehow, I learnt from their life story. Those children, they are facing with harder obstacles as compared to my time.

Secara tak langsung, tugas guru bukan lagi mengajar, tapi mengasuh, menjaga mereka dan juga secara tak langsung terpaksa masuk campur dalam urusan rumah tangga mak bapak ni. How is that so? Colour me surprise, there are a few shocking stories that happened in school where teachers have to get involved in the problems. Haihh.

1. berebut anak, mostly kes penceraian parents. If mak tak bagitahu awal-awal kat pihak sekolah yang tak kasi bapak jumpa anak tu, memang konfirm sekolah akan kecoh kalau budak tu tiba-tiba hilang sebab bapak datang kidnap anak kat sekolah. It happened to my pupil. Aku pun dah cuak bila budak tu hilang, tapi luckily budak tu ok je. Kau akan nampak betapa risau nya mak dia, betapa susahnya mak dia hari-hari datang sekolah hantar anak, ambik anak, sanggup tunggu anak exam sekalipun sibuk cari nafkah untuk family. Being a single mother is not easy, especially when you have to protect your children from your ex-husband as well. Then, cikgu lah yang kena alert bila anak hilang kat sekolah, cikgu yang kena alert bila ada orang nak jumpa anak kat sekolah.

2. anak-anak terbiar bila parents bercerai and kahwin lain. Hidup dengan stepmother, (not to say all stepmothers are evils) but some of them, memang neglect anak tu. Then, boleh relate nape anak tu selalu duk kelas last, perjumpaan ibu bapa selalu parents tak datang. Perangai anak pun, entah pape. Sebab mereka lack of attention so mereka create problems untuk dapatkan attention dari cikgu.

I am writing this not because I want to badmouthing some parents, but I learnt that marriage should never end with divorce. Parents, seharusnya cuba untuk elakkan penceraian sebab mangsa dia adalah anak-anak. Kesian mereka. Kesiankan masa depan mereka. That's why, ilmu parenting di samping ilmu agama tu cukup penting dalam nak bina keluarga. We, as future parents must prepare ourselves with good knowledge about Islamic knowledge, Islamic marriage and parenting knowledge. Pity those children.

3. sexual harassment. Believe me, it happens. Ada kes in my school yang budak tu kena sexual harassment dengan bapak sendiri (haruan makan anak, is it?) Kesian kot, at this young age, they should enjoy their childhood moment tapi itu yang berlaku. Tu baru sexual harassment.

4. Abuse. Parents sekarang ni kadang-kadang rasa nak pukul anak, main pukul je. Dengan helmet pun hentam kepala anak, depan mata aku pulak tu. Allahu, kalau jadi pendarahan dalam otak anak kau tu macam mana, kalau anak kau jadi terencat macam mana? Bapak panas baran melampau boleh main sepak terajang je anak, itu normal yang aku tengok. Tapi entah la, mungkin itu cara mereka mendidik anak bagi mereka rotan tu tak cukup memadai.

5. Spoil breed. Ni terbalik pulak. Anak terlalu spoil, manja terlampau. Apa yang anak nak diikutkan. Bila kat sekolah, ni la species yang problem jugak sampai aku rasa nak heret keluar kelas. Mungkin juga aku geram bila sorang budak manja ni duk hentak hentak meja sampai aku heret dia keluar kelas. Tak nak pulak keluar kelas.  Tapi mengganggu pelajar lain nak belajar. Mereka tahu, dalam baiknya aku pada mereka, aku cukup garang. Bagi aku, disiplin is a must. Kau budak lagi, tak boleh nak biadap bila bercakap dengan cikgu. Memang kau dapat penampar free atas bahu jawabnya. I don't care kalau kau nak manjakan anak, tapi jangan marah kalau anak manja kau ni create chaos kat sekolah and kena marah.

Satu hal lagi, datuk nenek mak bapak pun suka datang serang sekolah sebab marah cucu mereka. Come on la, dah cucu dan anak manja korang tu pemalas gila kot, manja, nak attention tapi belajar tak pandai. Mana cikgu tak marah. Kau ingat sekolah ni rumah, boleh buat suka hati, nak belajar kau belajar. tak nak belajar kau boleh buat suka hati. We want to educate your children, nak jadi pandai. Kalau anak tak pandai pandai kau marahkan sekolah, tapi anak kau tu pemalas tak nak belajar, kau marah pulak bila cikgu marah. Kau ingat cikgu-cikgu ni gila nak marah suka hati, we all marah ada sebab.

Senang camni la. datang sekolah, ajar sendiri anak dan cucu kau. Please parents, sebelum serang sekolah, check dulu. Anak kau yang problem ke sekolah yang problem. Lagi satu, jangan manjakan sangat budak-budak ni. Lama-lama naik lemak.

6. adopted child. Ni pun banyak kes berlaku. Anak angkat, tapi tak dilayan sebaik mungkin as anak sendiri. Dimarahnya, diherdiknya, dimakinya. Lama-lama budak tu seek attention kat sekolah. One of my pupils dalam kelas, selalu yang sorang ni buat masalah. Seriously nak marah kot. At first guru pembimbing aku bagi attention, lama-lama naik lemak. Yang problem, kat aku yang nak mengajar ni. Ikutkan hati, time kelas aku nanti aku nak hantar dia bilik guru besar. Geram sangat. Kau akan rasa tahap sabar kau tu dah sampai limit. Ada je masalah dia buat dalam kelas. Tapi aku belum tangankan lagi anak murid aku, including this one adopted child. I know she is adopted, itu yang masalah bila mak dia ignore dia.

Please dear parents. I tahu ada yang baik hati nak adopt anak angkat, tapi bagi la didikan agama, kasih sayang yang cukup. Berdosa tahu tak layan anak yatim ni teruk. Maybe la dari segi nature dia, background dia tak elok,tapi ingat, nurturing tu pun perlu. Nurture dengan ilmu agama, ambil berat pasal dia, she will be good. Kalau tak mampu, jangan ambik anak angkat. Tambah dosa je nanti.

7. Children out of wedlock. Sekarang ni, anak tak sah taraf tu dah jadi trend.It is no longer a rare case bila dalam kelas tu kau dapat anak murid tak sah taraf. To me, mereka tak salah. Kita bukan siapa-siapa nak hukum mereka. Tapi, tolong lah, parents yang jaga anak anak macam ni, didik mereka sebaik mungkin. Don't neglect them. Sebab yang macam ni jugak yang bagi problem kat sekolah, because they lack of love and attention. Zaman kita sekolah menengah, baru habis matrik mereka lahir. Sebab some of them dah ada di darjah 6. Imagine their future. Kesiannya.

one more thing, don't start any illegal relationship sampai ada anak. It is not easy, nak nak zaman sekarang. Semoga Allah melindungi kita semua.

8. anak-anak yang mana mak bapak dia ingat sekolah ni nursery dan cikgu tu orang gaji mereka. NI species boleh mintak tapak kaki kat muka. Bapak hanya tahu buat anak, mak sibuk bekerja ( now women have become the breadwinners of the family, bravo) . Why I said so? Sebab bila anak demam, dihantarnya juga anak pergi sekolah. Cikgu tanya, kenapa demam pun datang sekolah. Anak jawab bapak suruh pergi sekolah, mintak cikgu hantar pergi klinik. Kepala nenek dia (ayat lecturer aku) cikgu nak hantar anak pergi klinik, kau ingat cikgu tak perlu mengajar, nak jaga anak kau sorang? Bila cikgu pergi hantar anak balik rumah, bapak seronok duk tidur. Serious, patut humban bapak tu masuk loji tahik je kot  ( just joking). Menyusahkan. Sejak bila kami yang kena ambik alih tugas kalian as parents?


Ini baru sikit. Tapi most cases yang berlaku kat sekolah. Despite all, those children are innoncent. Tapi kalau tak dididik dengan baik, mereka akan jadi pencuri, penipu. BUdak sekolah rendah pun dah pandai curi henfon cikgu dengan duit kawan siap pandai menipu lagi tahu tak. Bila report kat parents, they denied that. Anak mereka tu baik bla bla bla. See, cikgu sekarang yang akan sakit mental dulu sebab nak handle masalah-masalah yang berlaku dari rumah. Tu tak termasuk dengan parents yang dah tahu anak ada dyslexia contohnya tapi refuse nak hantar masuk pemulihan khas tapi masukkan ke kelas normal mungkin sebab malu. It gave headache to the teacher, and sampai sudah anak kau lemah tak tahu membaca menulis mengira. Persepsi malu ni perlu diubah, tapi siapalah kita untuk buat keputusan bagi anak, that's your child, we can only advice but by doing this, it just gives troubles to the teachers, and pitiful to your children. Sebab budak-budak special needs macam kes dyslexia, autism ni memerlukan kelas khas di sekolah. Pendekatan dan pengajaran untuk mereka lain macam budak normal. Do some reading on that if you don't trust me.

Scary kan cabaran guru sekarang?Sape cakap cikgu kerja senang goyang kaki cuti banyak? Cuti la kau kena datang sekolah buat kerja sampingan, dan juga cabaran-cabaran macam ni la yang bagi big headache pada cikgu. To me,Teaching is fun, children are wonderful, tapi budak-budak yang tak de adab dan disiplin, aku tak suka. So semua ni bermula dari rumah, nak harapkan sekolah cikgu, tak cukup. Especially part didikan agama. Bila tanya, nape tak semayang, nape tak pandai mengaji,, jawapan dia parents tak ajar, parents pun tak solat sama. Hurmm, berat sikit tugas cikgu nak ajar anak pandai mengaji dan pandai solat bila waktu persekolahan tu limited. Kalau semua benda cikgu nak kena buat, baik hantar sekolah je dari pukul 7 pagi sampai 10 malam suruh cikgu je ajar semua benda.

Then make sure, you don't produce anymore child. Have some pity to your children, tu kan zuriat kalian. Jaga sebaik mungkin. Above all, agama dan disiplin memainkan peranan penting nak bentuk anak anak ni sejak mereka kat sekolah rendah lagi. Prepare them with love, care, knowledge. I don't blame the parents, sesetengah tu terpaksa bekerja kuat sebab nak cari duit, I don't blame them tapi kalau kes-kes yang macam aku mention kat atas ni, aku harap someday awareness akan datang pada mereka, dan juga pada kita semua, sebagai future parents. Sebab ada jugak parents yang kaya raya educated, lain pulak ragamnya.

Thank you children, at least I learnt a lot from all of you. Selain dari tengok gelagat comel korang dukung kucing and bagi makan kat kucing. Comel.  

No comments:

Post a Comment