Wednesday, March 18, 2015

hard life in Semester 7

phewwww...
Dia punyer lega bila dapat cuti seminggu, dapat balik rumah jumpa parents, jumpa katil, jumpa kucing angsa, jumpa relatives.

Dapat release stress yang selama ni dipendam. Dapat relesea bad emotions yang selama ni duk simpan bila mana ipg aku tu rules dia macam penjara. Ipg tu ok, tapi administration dia yang suck tahap 7 petala langit.

So far, praktikal . Teruk. dapat guru pembimbing yang best, tapi dia mintak aku masuk tolong mengajar kelas last sekali, selain dari mengajar kelas aku. Tambah satu lagi relief class satu period. Menjadikan total aku mengajar satu hari tu, lima masa. nakharom betul. Penat tahu tak penat. Kalau mengajar first class tak pe lah, tapi ni both last class.


My practicum this time, suck. Sama macam first practicum. Actually guru pelatih macam aku ni sepatutnya diberikan kelas first, sebab senang nak handle, nak handle kelas last ni perlukan pengalaman. Since our experiences are very shallow, it is wise to take the first class but still, it depends on who are the teacher supervisory that we get for that school. Too bad cikgu pembimbing aku ajar kelas last. Cabaran dia tu lain sikit berbanding ajar kelas first, konfirm akan penat. Balik sekolah terus tido, malam sambung buat rph bagai sampai midnight kadang-kadang sampai pukul 2 pagi baru boleh tido.

Everyday, bangun pukul 6 pagi supaya dapat pergi sekolah pukul 6.50 pagi kalau tak stuck dalam jem,, Since aku sewa kereta kenari for 2 months and ok la. Everything is good. Dah boleh bawak kereta. Tapi last week before cuti tu, aku dah tersagat (geselkan) kereta kenari tu. Seriously I don't mean it. Since aku baru belajar dan masa tu aku actually nak avoid budak-budak sekolah tu yang species tak takut kereta cikgu. Menonong je jalan berlari walaupun nampak kereta cikgu tengah duk bergerak. Even, pernah sekali tengah reverse kereta dua anak murid melintas macam tu je belakang kereta, memang aku rasa nak tampar je budak-budak tu. Seriously, those children are having problem with their manners. Dalam kelas banyak main, dekat jalan raya perangai macam ni pulak. Haihhh.

subjek minor aku dapat sorang je pelajar, same goes with my partner, Fatin. seronok betul ajar anak murid sorang ni tapi still, dapat kelas last. So nak ajar tu kena sabar banyak. Tanya lain jawab lain. Baik hati pun tak tahu apekebenda walau explain berpuluh kali. Still, I try my best to instill good values in him.

2 minggu lepas terlalu busy dengan MQA, file, tidur pun dah pukul 4 pagi, pastu bangun balik pukul 6 pagi, bengang dengan perangai pensyarah (certain) , stress dengan assignment, stress dengan sekolah praktikal tu yang tak paham bahasa kami busy dengan file duk bagi relief class lagi bagai. Last-last proposal sampai sekarang tidak bertaip pape lagi. Dang! Kalau before this, aku sempat siapkan lesson plan untuk mengajar esok, tapi this time, no no! Busy sampai aku tak sempat makan pun actually. Makan roti dalam kereta, taruk lipstik kat muka dalam kereta masa on the way pergi kelas. Dasyat gila kot. Sekejap tanda buku, sekejap relief class, sekejap masuk kelas, sekejap masuk kelas lagi yang tolong mengajar tu. Seriously penat. Before this sempat jugak jog petang-petang but not this semester. Hectic life betul.

At least this semester dah habis 5 kali praktikal untuk ditauliahkan kepegawaian yang mana aku supposedly boleh habiskan semester lepas lagi tapi aku skip satu praktikal sebab nak pergi convo shima. So I finished them off by this semester untuk mssm ayer keroh. This time aku tak jadi pengadil balapan tapi mengadil padang. Jadi hakim lontaran untuk acara cakera dan rejam lembing. For few times, aku dengan my friends juga dengan budak-budak milo (pembantu kami yang terdiri dari budak sekolah) almost got hit dengan lembing and cakera. Itu aspek keselamatan paling crucial. Bahaya woo jaga dua acara ni. Sekali lembing tersasar boleh la tu tersusuk kepala ke, kaki ke. Kalau cakera tu kena kepala boleh ada probability untuk koma since cakera tu ada yang 1.5kg, 1kg.

(there was a case where one of budak milo tapi untuk mssm pantai tersusuk lembing kat kaki bila peserta tu baling lembing tapi tersasar sebab angin kuat, scary kot) .

Finally, file-file untuk mqa dah siap (27 buah files selamat disiapkan) dan duit pun dah dekat rm200 habis untuk setiap orang. Sebab aku rembat je file-file kosong yang tak digunakan lagi, jimat banyak dah kat situ. Ada kawan-kawan yang lain spent rm400 and above sebab beli file. File sebijik tu rm5.50, separator paling murah dapat rm3.50 lepas tu fotostat untuk satu subjek rm11 ke atas, darabkan dengan 27 files. Good luck in calculating the amounts.

Sebelum balik cuti, dapat bad news, interview mqa pun involve semester 7 sama. Nak stand by untuk interview tu senang kalau perlu cakap jujur tapi banyak perlu menipu. Kalau tak, tak lepas akreditasi. So far, tesl course je tak lepas lepas lagi since last year. MQA people dah tour satu malaysia untuk selia course tesl ni tapi sampai sudah tak lepas. Ada ipg sangkut sebab file, sangkut interview, sangkut coursework. Scary kan? MQA is like a ghost. Real ghost. My lecturers pun siap berkampung kat department tu kot, and we got the pressure. Haih.

Semoga lepas je mqa ni, everything will be back to normal. Lepas naik cuti ni, ada lagi sebulan praktikal. Observations by lecturers untuk english and moral. Lepas tu submit proposal. Then, I am done.

balik cuti ni submit proposal, prepare untuk MQA, prepare untuk observe, fuh penat. Seriously penat, tapi lumrah belajar. Sabar je la. Bendalah ni boleh tahan, yang aku tak suka, perangai manusia.

Last week, last day before cuti, Jumaat tu, dapat berita membe satu praktikum kat sekolah tu accident, padahal pagi tu aku perlu stand by untuk lawatan dari sekolah Singapore. Out of concern, I went to the hospital. Linda my friend, ( we are not from the same college) met with an accident on the way nak datang sekolah. Pergi hospital wad kecemasan, tolong dia x-ray bagai. She has been crying all along due to pain. Nasib baik x-ray tak ada patah bahu. Speedy recovery babe. Lepas tu balik sekolah handle lawatan dari Singapore. Wow,, best gila. Sekolah aku buat permainan tradisional untuk mereka. Congkak, batu seremban, and guli. Yeay, tak yah mengajar untuk hari tu.. hahaha.

cuma hari khamis bila kenari aku accident sikit bergesel dengan tembok, chaotic bila aku tak masuk kelas. terus bising satu sekolah tahu aku accident, terus satu sekolah bising nape aku tak masuk kelas, kena bebel dengan guru pembimbing. Mana nak tahu kelas aku pagi (actually aku relief kelas tu so aku tak tahu la aku ada kelas pepagi buta). Kau dah gelabah kereta sewa kau jadi macam tu sebab budak-budak. Tapi aku masuk je mengajar untuk subjek moral aku. It is just a misunderstanding yang relief class aku pagi bukan lepas rehat. loghrat nau nak komplen itu ini. I understand budak -budak tu kena jaga, tapi boleh kan suruh budak panggil aku masuk kelas. Aku sentiasa duk library.
Should reward myself with short gateaway. Merayap pergi Singapore dengan Ilia and Nabila ke, pastu merayap ke Ipoh mali dengan Fatin and Ash ke. Come on, final year kot. Ape pun nak jadik, tetap kena have fun.

So chill.

Yang penting, gua bengang dengan perangai manusia. Cepat-cepat lah habis maktab ni, tak sanggup nak hadap perangai nonsense warden, pensyarah dan certain manusia. Makin teruk administration sejak ada pengarah baru ni. Seriously bengang bila paksa semester 7 pergi event lepas tu siap cut off electricity bagai. Come on la, aku tengah buat kerja kot bila dah off macam tu laptop aku turut sama off without sempat nak save kerja. Sekalipun ada auto save, tak membantu sangat kot. Pissed off! Semester 7 dah cukup busy, jangan la kacau lagi. Mana pernah semester 7 sebelum ni dipaksa attend event. Kau yang organise event ni boleh la cakap, 'busy tara mana sangat' , kau tunggu semester 7 pastu kos kau nak kena audit. Dia punyer gila busy tu macam mana. Kau tunggu. What you give you get back.

Mengarut betul perangai. Tu baru sikit. part guard yang berlagak macam warden pun ye jugak. Park kereta tak masuk kotak parking (nak park kereta depan hostel untuk sekejap ) pun kena ambik nombor plate kereta. Come on la. Benda tu nonsense kot. Bukan nya kami tak park kereta tu elok-elok nanti, park sekejap kat situ sebab nak keluar ipg balik kot. Haihhh.

Sabar betul aku dengan ragam manusia kat ipg melaka ni. IPG tu super best, dengan adanya gym bagai, it is certain people with power who ruined them.

No comments:

Post a Comment