Thursday, March 19, 2015

selamat bertukar status.

yeay hari ni my classmate Izzati comel dah kawen dengan kekasih hati Encik Izzudin. Cantik sangat, macam princess. Tapi since dia just buat majlis akad nikah je kat Kedah, kami pun tak pergi. Pergi masa kenduri nanti bulan 5.


Tahniahhhhh baby..
Ok dah dua orang classmate aku yang dah bertukar status jadi puan.
Dan ironi nya, mereka a year younger than me. Yang 4 orang akak dalam kelas tu semua tak kawen lagi. kah kah.

Jodoh tu kan rahsia Dia yang Esa. Bila tiba masa, Insyaallah tiba juga masanya kan. Part paling best, sakat member baru kawen ni dalam group wassap.. Ok, kena pulak malam ni malam Jumaat. *Biasa la all girls college ni miong nya camni sikit* Tapi kami behave kot kat luar.. Sesama kami je nakal.


Aku sakat membe aku ni 'be notty' je pun.. Aik, aku balik yang kena nak kena ikat kat pokok. Cehhhh...


hahaha.

apepun, semoga jadi yang taat pada suami, ibu yang mithali, dan paling penting, binalah keluarga yang mengikut landasan dan panduan NYA yang aku kira, aku masih jahil lagi tentang ilmu agama, ilmu rumah tangga, dan ilmu parenting....

Semoga kita semua mendapat jodoh yang baik. Insyaallah..

cantik sangat awak izzati, macam princess.

dan, part paling sedih dan touching moment adalah bila abah lepaskan tanggungjawab dia pada suami. Sedihhh.. I want to be your little daughter forever, daddy...

balik maktab nanti sambung sakat lagi. ok bye.

No comments:

Post a Comment