Friday, May 15, 2015

hate, don't let it be too much.

benci.
Jangan melampau lampau.

marah.
Jangan melampau lampau.

Hate the sins, not the sinners.
We are all the sinners.


Don't burden your heart keeping hatred, grudges towards others.

but one weakness about me, when someone hurt me, I don't get mad for too long. I was mad, but I forgive them easily but I will never forget and I keep a distance from them.

Not that I hate them or keep the grudges or any hatred, but I don't want to be hurt again.

sebentar cuma

sebentar cuma waktu yang tertinggal di sini.
di bumi penuh bersejarah.
bumi melaka.

Aku suka Melaka.
I fall in love with Melaka.
Small and busy town, beautiful people, wonderful food, splendid culture and many more.
How can you not love Melaka.
Everytime I met with foreigner even when I was in Singapore, I told them how wonderful Melaka is compared to Kuala Lumpur. ;)

And I am counting days to go.
I have no more reason to stay here.
The time is about to come.

Dr. Anissa once told me 'Pergi sebelum tiba masanya, pergi sebelum kita dihalau untuk pergi' . but I just wait until the time comes to the end. Then I will be leaving.


Until then, enjoy the moment puas-puas.
buat je pape benda merepek merapu meraban kat Melaka ni.
Pergi main bubbles kat Klebang ke, main layang-layang kat pantai alai je, lari-lari kat Jonker walk ke, lepak sesekor makan cendol kat tepi Sungai Melaka lepas tu mamak kat situ tanya 'tak sunyi ke sorang-sorang ni' .. hahaha

I am counting the days.
and I just want to create wonderful moments before I leave this place.
I am not planning to come back again to this place.
Walaupun darah Melaka sebahagiannya mengalir dalam diri.
let it be.
I have been here for almost 5 years.

It is time to go.
Pergi merantau ke tempat lain pulak, timba pengalaman sebagai seorang manusia, sebagai seorang hambaNYA.

Nak spend masa banyak-banyak dengan kawan-kawan untuk dititip sebagai memori terindah..That's all I want to do right now.

my clumsiness

Allow me to laugh at my own clumsiness for a moment. 
aku rasa nak bunuh diri sekejap dengan kebodohan sendiri.
Sebab jiwa kacau tak boleh fokus study hati rapuh dan rabak buat masa sekarang aku nak la buat drama escape pergi Singapore macam hari tu pergi travel solo.

Hari tu pergi sorang-sorang Singapore at least sempat jumpa Ilia Eleena and enjoy the night view kat Singapore dengan dia sebelum aku travel sorang-sorang pastu. Kali ni aku plan nak pergi betul-betul sorang, study kat tepi pantai yang pernah aku tido dalam khemah kat sana sebab tak mampu nak sewa hotel. Tapi bising habis sebab dekat dengan kapal-kapal kat pelabuhan dan juga dekat dengan airport. Who cares. I sleep soundly kot kat tepi pantai tu. 

Aku rindu nak tengok sunset kat situ sebenarnya. Ingatkan kali ni bangun je nak tengok sunset pastu study sorang-sorang. So bermulalah babak drama aku kat melaka sentral sebentar tadi. 

Al kisah bermula bila aku nak hantar barang aku kat adik supaya dia bawak balik barang aku ke Kelantan. Malam ni si adik naik bus untuk pulang cuti semester dan aku nak la kirim barang kat dia sebab nanti aku balik dengan flight. Flight tak lepas nak bawak beg berat-berat ni oiiii.. 15 kg je haihh. Ingat lepas tu nak beli tiket pergi Larkin johor, pastu sewa hostel murah kat sana tido satu malam kat situ esok pepagi buta baru masuk Singapore and book hostel kat sana. 

Aku dah standy baju sehelai seluar sehelai tudung sehelai dengan buku-buku and other stuffs kot. When I go to the ticket counter, nak bukak purse konon-konon nak beli tiket terbawak keluar passport. I don't know why mOk y intuition says so that I need to check my passport first. So I checked my passport. Deng ! Almost expired and I can no longer travel abroad. Dah nak mati, bagi aku dah mati la passport tu sebab 6 bulan sebelum dia expire kan memang dah tak boleh travel (nape la buat polisi macam tu, rugi taw..) 

I feel like crying. Dengan cool aku cakap kat akak kaunter 'Tak pe lah kak, saya tak jadi beli tiket.' 
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....Rasa macam apa lah kau ni syazliana, clumsy nya lah hai.. * headbanging on the wall* 


Ni kalu aku mintak dengan mama nak buat passport, mesti dia suspicious punyer. Last buat passport tu pun lepas sebab aku nak gi Brunei untuk discussion dengan Universiti kat sana.

Tapi duit aku lepas nak gi Singapore je. Tu pun hostel je mampu aku sewa taw and you can imagine how awful that hostel would be. Haihhh

Pulang dengan hampa. Hantar adik naik bus. Bye bye.

p/s : dah. jangan ada sape-sape nak ajak aku travel luar Malaysia. Aku nangis nak ikut nanti.. 

Sempat lagi buat drama dengan si beruang cakap aku nak escape Singapore. Hurm dalam mimpi je lah jawabnya aku pergi Singapore ni. Fuhhh fuhhh sabar Syazliana. Ni salah sendiri sebab take things for granted tak check betul-betul passport kau expired bila. 

Camni alang-alang sem depan aku pergi jalan lagi, baik aku pergi somewhere else. Batam ke, Krabi ke.. hehehehehe.. ok kena kumpul duit, cari kerja kosong la kan.. lai lai sape nak upah buatkan assignment dia? ;)

X0x0. Please jangan jadi clumsy like me okayy. Benda camni tak seharusnya berlaku. kadang-kadang benda unplanned ni akan jadi memori yang best tapi kalau terlalu tak plan camni, petang tadi baru plan nak escape sebab nak hantar barang kat adik, cenggini lah jadinya.. Hurmmm nak gelak ke nak nanges tak tahu lah. 

*buka buku study*

Wednesday, May 13, 2015

current life update

is preparing for my final exam. markah assignment semua masuk laut, risau sebab performance teruk gila-gila. so nak kena cover dengan markah exam untuk secure pointer 3.6 ke atas.

Cuma sekarang ni motivasi untuk belajar tak de. Help me please. help me. I am begging to God to give me strength and determination to study for my final exam.

exam habis 25hb tapi macam biasa IPG aku ni hampeh sikit 30hb May baru boleh balik. So aku dah book tiket flight balik since aku akan balik sorang kali ni. Tiket pulak boleh tahan mahal so elaun aku makin ranap makin sedikit untuk bulan ni.. ;( ;(

What to do, aku dah tak sanggup nak redah perjalanan 12 jam naik bus..


So wish me luck everybody. Pray for me.

And I missed home so badly right now.

people come and go

no matter how hard you pray to God to keep those people that you love in your life forever, sometimes they will just walk away from your life.

People entered my life, and they walked away. It is so painful when they come into your life, they bring happiness and the next day they left. They leave you hanging alone, they leave you with sorrows and misery, they leave you with the pieces of memories.

I wish I have the power to stop them from leaving, to stop you from leaving but I can't. I don't have that magic power, I don't even have a queer spells to do the magic.

They say people come into your life for reasons. Then I asked, ' they also leave you for reasons? '
I am not perfect, I have thousands of flaws and weakness. Will you just stay, accept all the flaws and weaknesses while I am doing the same thing to you?

Departure and people leaving are two hardest thing in my life. Finally I am the one who are being lonely.


Until at certain point, I only keep a few people close in my heart and I prefer to be alone. I enjoy my solitude, and I enjoy doing things alone because someday I will understand, people will come and go. Same like me, I might have to say goodbyes when I need to go, when I am no longer needed in their life.

Why would I stay when I am no longer needed in their life? but for them, I need them in my life but still they are leaving me alone which I don't understand why except I kept the pain and hurt inside me.

family.

nak satukan family yang berpecah belah bukan mudah.
nak satukan balik hubungan yang terputus tu pun bukan mudah.
even nak puaskan hati parents itu sendiri pun bukan mudah.



tapi walau macam mana buruk sekalipun mereka, mereka tetap darah daging kita. Siblings, mum and your dad are your family. cherish them. Love them. Appreciate them.


No matter how broken your family are. No matter how lonely you are in that family. They are from your flesh and blood. They are your everything.

Try to fix the broken pieces, through efforts and prayers. Sekalipun kau minta untuk lahir dalam keluarga lain sekalipun kau selalu persoalkan kenapa lah family aku macam ni, don't leave them. don't break the bond. just don't. be there and be strong.

try to bring back all your family together. I know how it feels when your home is just a house and no longer a home.

Ape pun, mereka tetap sebahagian dari kita. We are nobody without them. Remember this.

Insyaallah, semua akan baik-baik sahaja. Keep on praying. Mana ada keluarga yang tak de conflict. Even dalam friendship pun ada conflict, tapi friendship boleh buat a friend jadi strangers so please jangan buat hal yang sama pada family relationship. Stay true together. Your mom needs you , your dad needs you.

Nahh, I miss each and everyone of my family right now. I wish this becoming raya my family will complete again.

focus on the solution not the problem.

last night dapat news yang tak best. Tapi macam biasa, tak pelik sebab maktab aku ni sememangnya administration dia suka come out dengan decision yang gila dan tak masuk dek akal. Dictatorship style of leadership is what they have been practicing starting from the director, Hal Ehwal Pelajar until the lecturers.

Sebal gila rasa hati bila diminta untuk bersedia kena pindah bilik. Sedangkan pertukaran bilik hanya berlaku setahun sekali. Darn you. Sewaktu meeting tu aku memerhati reaksi manusia terhadap news yang disampaikan oleh perwakilan pelajar itu. Ada yang marahkan perwakilan pelajar (also known as JPP, sekolah panggil pengawas). Hahaha.

Come on. I know you are mad, being too emotional by the news. Tapi please la, be rasional dan jangan react nampak bodoh sangat kita ni. You simply put the blame on the JPP sedangkan mereka hanya menjalankan tugas. Do you think mereka dah tak cuba fight untuk kita? They did before the administration come out with the decisions but lastly they have to obey. Aku percaya bila ada isu macam ni, jangan disalahkan sepenuhnya JPP, mereka hanya menjalankan tugas. Lagi satu, jangan la kau harapkan JPP semata-mata untuk fight hak kau tapi kau tak ambik peduli langsung hanya tahu marah hanya tahu mengarah hanya tahu menuduh mencaci. Selagi you tak berada dalam perwakilan pelajar tu sendiri, you tak kan tahu betapa peritnya galas tanggungjawab pemimpin. Korang hanya tahu marah herdik hina bukan nak sama-sama berganding bahu fight untuk hak. Bila JPP ketengahkan isu kalian diam seribu batu mengalahkan si pengecut. Tapi di belakang lantang bersuara menyalah itu ini.

Bila hak kalian akan terbela kalau macam ni sikapnya? JPP alone tak mampu kalau tak de support dari korang. Lagi satu, jangan lah cepat sangat salahkan orang. Instead of you fokus pada masalah, fokus pada penyelesaian kan lagi elok. I put the blame on the administrators not JPP. Kan bagus kalau korang cari solusi contohnya buat surat rayuan supaya pemindahan bilik tu ditangguhkan sampai hujung tahun ni ke atas sebab-sebab tertentu. Chill lax sudah. Masalah boleh selesai yang jadi masalah nya sikap korang yang entah pape tu.

Aku sendiri pernah berada dalam perwakilan pelajar sebab perhubungan luar domestik antarabangsa. Aku dah rasa perit kena herdik tengking dengan pelajar yang tak reti bahasa hanya tahu maki and marah macam korang ni, aku dah rasa kena herdik tengking maki hina dengan pensyarah sendiri, aku sendiri dah rasa macam mana sakit nak back up pelajar depan Hal ehwal pelajar, aku dah rasa macam mana kena baling baju depan muka kau oleh pensyarah, .Semua tu aku dah rasa.

So aku tak salahkan JPP kalau ada isu macam ni. Please, be rational. Let's not focus on the problem, let's focus on the solutions. dan aku, sedang menyediakan surat rayuan untuk semester 7 supaya ditangguhkan pemindahan bilik. Memang director IPG aku ni meroyan ke ape come out dengan keputusan tak masuk akal ni. Kalau surat tu kena reject, at least, I have done something to fight for my rights. marah semata mata caci semata tak selesaikan masalah babe.


Chill sudah la, bukan sehari dua kau hidup dalam IPG ni.  so adik-adik JPP, tabahlah. Kata-kata dan semua perit tu akan mengajar kalian erti sesuatu, erti hidup, the lessons of life that you cannot obtain in the text book. Menjadi pemimpin ni bukan mudah especially di IPG ni. Perwakilan pelajar ni more to kuli instead of dilayan seperti pemimpin.Berbeza sewaktu aku di matrikulasi penang. Suara pelajar didengari oleh administrations and mereka layan kau betul-betul as pemimpin sama mcam aku berada dalam biro perhubungan di matrik penang dulu. Yang tu memang best. Tapi ape pun, life does not always provide you with easiness, you will learn in the most painful ways.

camping moment

As always aku akan join camping RZRM consultant untuk handle perkhemahan outdoor as a fasilitator. Banyak moment best-best as always yang berlaku. Setelah hampir setahun tak camping, last 3 weeks ada camping dengan budak SMK. Seri Kota. Sekolah untuk budak sukan. Mencabar jugak handle budak sukan ni. Dia punyer aktif lain macam tapi seronok la. Dyeorang semua best-best and ada moment paling mahal berlaku dalam hidup aku. Let's not talk about that part.

let's talk about camping dengan SK. Pasoh 1 this time. Baru je minggu ni aku habis camping dengan dyeorang. Budak sekolah rendah, what do you expect. So macam biasa, handle dyeorang ok je. Moment kena buat nightwalk dalam hutan tu macam-macam ragam kau boleh nampak. Ada yang nanges ada yang menjerit semua ada lah. Dan aku pun actually takut jugak masuk hutan sebab aku ni memang rabun malam. Gosh rasa nak pengsan kena paksa mata cari cahaya dalam hutan tengah-tengah malam tu.

Camping kali paling kelakar sebab aku sendiri diterkejutkan oleh Amir, sebab dia ingat aku ni budak sekolah and rupanya fasi. Kurang asam betul si Amir ni. Aku elok duk jalan dalam gelap tu sorang-sorang kena terkejut macam tu, rasa nak luruh jantung aku. Aisyhhh. Kelakar habis sebab lepas tu aku jadi bahan jokes dengan fasi lain.

Best jugak sebab sambut hari ibu dalam hutan untuk Puan Zaima dan Busu. Aku buat kelakar juga sebab time tu aku dah mengantok sangat nak tunggu midnight untuk sambut hari ibu. Camping kali ni juga first time hujan lepas masa aktiviti merentas halangan. Aku turun dalam lumpur berkaki ayam sebab kasut dalam kereta dan pacat dah gigit aku dua ekor. Pacat tu pulak alamak seram tengok sebab besar sangattttt... Ngeri betul. Ok cool. Buat relaks sudah. Sapukan make up lumpur budak pastu main hujan. It has been a while I didn't run and dancing in the rain. Lompat lompat dengan si budak kecik rayyana dalam lumpur and air hujan dengan arus deras tu best. Main simbah air dengan fasi-fasi tu pun best.


Walaupun ada moment tak best jadik masa camping tapi kita ingat moment yang best-best je. Sebab aku pun dah tak lama dengan mereka. Satu semester je lagi tinggal. Aku join Puan Zaima dan Encik Razak ( whom I call them as ibu and ayah ). Tengok rayyana membesar. Dulu dukung dia kecik-kecik sekarang ni dia dah masuk darjah 3 kot. How time flies very fast. Razman pun sama, azman and amir pun dah kerja. They are like siblings here.

Camping kali ni jugak aku jaga breaker flying fox macam biasa dengan amir. Kali ni aku belajar memanah ok not bad seronok okayyy. Sunnah nabi kan sukan memanah ni so I should try again next time. Dekat tasik air keroh tu murah kot. Rm5.30 untuk 12 panah. Paling murah aku rasa. At least panah aku terpacak kat board tu jugak walaupun tak kena titik tengah. LOL. Camping kali ni kau tahu the painful truth and kau ajak si Jemah main trampoline lompat-lompat macam monyet dalam tu konon-konon nak curi-curi main sekali kantoi. Dengan muka tebal macam tembok cina pergi bayar yuran untuk main trampoline tu. Malu habis. never mind just enjoy the moment. Ada si Jemah ni memang best sebab satu kepala.

Part tengok babi hutan kena tembak tu sedih. So mengadu kat Jemah yang aku sedih dyeorang kena tembak Jemah selamba cakap 'kenapa suruh dyeorang jadi babi' .. That's hilarious and very funny.Part bagi kera makan karipap tu pun menarik jugak tapi hampir jadi tragedi bila farhana nyaris kena cakar dengan dyeorang. Comel tapi ganas jugak kera ni kan.

nothing much. Selalu nya tu lah yang kami buat. tolong busu kat dapur potong bawang ke pape mana patut. Busu masak best. I am going to miss her cook nanti. Seriously I will. Sekejap je masa berlalu. Aku join camping ni dengan Syida masa zaman aku foundation semester 3 and now I am in the semester 7. Adalah dalam 3 tahun lebih dah aku dengan mereka.

time flies so fast. It is about to end and it is about time to say goodbye. Tapi selagi belum tiba masanya, let's enjoy the moment.

p/s : Ajak farhana pergi MITC tengok pameran sport attire. Ampun maaf sebab dah tershopping wallet baru, beg baru and kasut baru. Ngeeee..
so many things happened lately.
I was damn furious.
I was made like hell.
I feel like crashing someone and rip the bones into pieces, if possible into dusts.


But I need to control my anger.
learn to let go.


Sabar.
Dear heart, be strong.
Strong enough to forgive.


and delete those negative people around you.


p/s : bangang bila manusia sibuk korek pasal private life aku pastu nak kondem kondem. Macam kau punyer tu perfect sangat. Species siamang pun tak buat macam ni tahu. So I don't know what type of human species you are. Grrr