Wednesday, May 13, 2015

camping moment

As always aku akan join camping RZRM consultant untuk handle perkhemahan outdoor as a fasilitator. Banyak moment best-best as always yang berlaku. Setelah hampir setahun tak camping, last 3 weeks ada camping dengan budak SMK. Seri Kota. Sekolah untuk budak sukan. Mencabar jugak handle budak sukan ni. Dia punyer aktif lain macam tapi seronok la. Dyeorang semua best-best and ada moment paling mahal berlaku dalam hidup aku. Let's not talk about that part.

let's talk about camping dengan SK. Pasoh 1 this time. Baru je minggu ni aku habis camping dengan dyeorang. Budak sekolah rendah, what do you expect. So macam biasa, handle dyeorang ok je. Moment kena buat nightwalk dalam hutan tu macam-macam ragam kau boleh nampak. Ada yang nanges ada yang menjerit semua ada lah. Dan aku pun actually takut jugak masuk hutan sebab aku ni memang rabun malam. Gosh rasa nak pengsan kena paksa mata cari cahaya dalam hutan tengah-tengah malam tu.

Camping kali paling kelakar sebab aku sendiri diterkejutkan oleh Amir, sebab dia ingat aku ni budak sekolah and rupanya fasi. Kurang asam betul si Amir ni. Aku elok duk jalan dalam gelap tu sorang-sorang kena terkejut macam tu, rasa nak luruh jantung aku. Aisyhhh. Kelakar habis sebab lepas tu aku jadi bahan jokes dengan fasi lain.

Best jugak sebab sambut hari ibu dalam hutan untuk Puan Zaima dan Busu. Aku buat kelakar juga sebab time tu aku dah mengantok sangat nak tunggu midnight untuk sambut hari ibu. Camping kali ni juga first time hujan lepas masa aktiviti merentas halangan. Aku turun dalam lumpur berkaki ayam sebab kasut dalam kereta dan pacat dah gigit aku dua ekor. Pacat tu pulak alamak seram tengok sebab besar sangattttt... Ngeri betul. Ok cool. Buat relaks sudah. Sapukan make up lumpur budak pastu main hujan. It has been a while I didn't run and dancing in the rain. Lompat lompat dengan si budak kecik rayyana dalam lumpur and air hujan dengan arus deras tu best. Main simbah air dengan fasi-fasi tu pun best.


Walaupun ada moment tak best jadik masa camping tapi kita ingat moment yang best-best je. Sebab aku pun dah tak lama dengan mereka. Satu semester je lagi tinggal. Aku join Puan Zaima dan Encik Razak ( whom I call them as ibu and ayah ). Tengok rayyana membesar. Dulu dukung dia kecik-kecik sekarang ni dia dah masuk darjah 3 kot. How time flies very fast. Razman pun sama, azman and amir pun dah kerja. They are like siblings here.

Camping kali ni jugak aku jaga breaker flying fox macam biasa dengan amir. Kali ni aku belajar memanah ok not bad seronok okayyy. Sunnah nabi kan sukan memanah ni so I should try again next time. Dekat tasik air keroh tu murah kot. Rm5.30 untuk 12 panah. Paling murah aku rasa. At least panah aku terpacak kat board tu jugak walaupun tak kena titik tengah. LOL. Camping kali ni kau tahu the painful truth and kau ajak si Jemah main trampoline lompat-lompat macam monyet dalam tu konon-konon nak curi-curi main sekali kantoi. Dengan muka tebal macam tembok cina pergi bayar yuran untuk main trampoline tu. Malu habis. never mind just enjoy the moment. Ada si Jemah ni memang best sebab satu kepala.

Part tengok babi hutan kena tembak tu sedih. So mengadu kat Jemah yang aku sedih dyeorang kena tembak Jemah selamba cakap 'kenapa suruh dyeorang jadi babi' .. That's hilarious and very funny.Part bagi kera makan karipap tu pun menarik jugak tapi hampir jadi tragedi bila farhana nyaris kena cakar dengan dyeorang. Comel tapi ganas jugak kera ni kan.

nothing much. Selalu nya tu lah yang kami buat. tolong busu kat dapur potong bawang ke pape mana patut. Busu masak best. I am going to miss her cook nanti. Seriously I will. Sekejap je masa berlalu. Aku join camping ni dengan Syida masa zaman aku foundation semester 3 and now I am in the semester 7. Adalah dalam 3 tahun lebih dah aku dengan mereka.

time flies so fast. It is about to end and it is about time to say goodbye. Tapi selagi belum tiba masanya, let's enjoy the moment.

p/s : Ajak farhana pergi MITC tengok pameran sport attire. Ampun maaf sebab dah tershopping wallet baru, beg baru and kasut baru. Ngeeee..

No comments:

Post a Comment