Wednesday, May 13, 2015

focus on the solution not the problem.

last night dapat news yang tak best. Tapi macam biasa, tak pelik sebab maktab aku ni sememangnya administration dia suka come out dengan decision yang gila dan tak masuk dek akal. Dictatorship style of leadership is what they have been practicing starting from the director, Hal Ehwal Pelajar until the lecturers.

Sebal gila rasa hati bila diminta untuk bersedia kena pindah bilik. Sedangkan pertukaran bilik hanya berlaku setahun sekali. Darn you. Sewaktu meeting tu aku memerhati reaksi manusia terhadap news yang disampaikan oleh perwakilan pelajar itu. Ada yang marahkan perwakilan pelajar (also known as JPP, sekolah panggil pengawas). Hahaha.

Come on. I know you are mad, being too emotional by the news. Tapi please la, be rasional dan jangan react nampak bodoh sangat kita ni. You simply put the blame on the JPP sedangkan mereka hanya menjalankan tugas. Do you think mereka dah tak cuba fight untuk kita? They did before the administration come out with the decisions but lastly they have to obey. Aku percaya bila ada isu macam ni, jangan disalahkan sepenuhnya JPP, mereka hanya menjalankan tugas. Lagi satu, jangan la kau harapkan JPP semata-mata untuk fight hak kau tapi kau tak ambik peduli langsung hanya tahu marah hanya tahu mengarah hanya tahu menuduh mencaci. Selagi you tak berada dalam perwakilan pelajar tu sendiri, you tak kan tahu betapa peritnya galas tanggungjawab pemimpin. Korang hanya tahu marah herdik hina bukan nak sama-sama berganding bahu fight untuk hak. Bila JPP ketengahkan isu kalian diam seribu batu mengalahkan si pengecut. Tapi di belakang lantang bersuara menyalah itu ini.

Bila hak kalian akan terbela kalau macam ni sikapnya? JPP alone tak mampu kalau tak de support dari korang. Lagi satu, jangan lah cepat sangat salahkan orang. Instead of you fokus pada masalah, fokus pada penyelesaian kan lagi elok. I put the blame on the administrators not JPP. Kan bagus kalau korang cari solusi contohnya buat surat rayuan supaya pemindahan bilik tu ditangguhkan sampai hujung tahun ni ke atas sebab-sebab tertentu. Chill lax sudah. Masalah boleh selesai yang jadi masalah nya sikap korang yang entah pape tu.

Aku sendiri pernah berada dalam perwakilan pelajar sebab perhubungan luar domestik antarabangsa. Aku dah rasa perit kena herdik tengking dengan pelajar yang tak reti bahasa hanya tahu maki and marah macam korang ni, aku dah rasa kena herdik tengking maki hina dengan pensyarah sendiri, aku sendiri dah rasa macam mana sakit nak back up pelajar depan Hal ehwal pelajar, aku dah rasa macam mana kena baling baju depan muka kau oleh pensyarah, .Semua tu aku dah rasa.

So aku tak salahkan JPP kalau ada isu macam ni. Please, be rational. Let's not focus on the problem, let's focus on the solutions. dan aku, sedang menyediakan surat rayuan untuk semester 7 supaya ditangguhkan pemindahan bilik. Memang director IPG aku ni meroyan ke ape come out dengan keputusan tak masuk akal ni. Kalau surat tu kena reject, at least, I have done something to fight for my rights. marah semata mata caci semata tak selesaikan masalah babe.


Chill sudah la, bukan sehari dua kau hidup dalam IPG ni.  so adik-adik JPP, tabahlah. Kata-kata dan semua perit tu akan mengajar kalian erti sesuatu, erti hidup, the lessons of life that you cannot obtain in the text book. Menjadi pemimpin ni bukan mudah especially di IPG ni. Perwakilan pelajar ni more to kuli instead of dilayan seperti pemimpin.Berbeza sewaktu aku di matrikulasi penang. Suara pelajar didengari oleh administrations and mereka layan kau betul-betul as pemimpin sama mcam aku berada dalam biro perhubungan di matrik penang dulu. Yang tu memang best. Tapi ape pun, life does not always provide you with easiness, you will learn in the most painful ways.

No comments:

Post a Comment