Tuesday, July 21, 2015

" kita terlupa "

kadang-kadang dalam kita meniti kedewasaan kita,
kita terlupa mereka turut semakin menjengah usia.

kadang-kadang dalam kesibukan kita mengejar kerjaya dan identiti diri,
kita terlupa mereka turut perlukan kasih sayang dan perhatian kita.

Mereka, adalah ibu bapa kita.
Jika sepuluh tahun yang lampau, aku sukar sekali melihat uban di rambut mereka,
Namun kini, aku dapat lihat uban-uban itu semakin jelas menampakkan mereka semakin berusia.

They have done so many things to me but what have I done to them?
Segulung ijazah pun belum sempat dipegang.
Aku, yang sememangnya Tuhan takdirkan untuk belajar jauh di tempat orang,, hanya doa mampu dikirimkan agar orang-orang yang aku sayangi ini dilindungi oleh NYA.

Terlalu banyak jasa mereka.
Terlalu sedikit yang dapat aku balas.
Imbas balik aku di masa belum matang, di masa di mana hati menerajui akal mulut lancang berkata.
Tapi kini, aku belajar untuk menerima.
No matter how bad your parents, they are still your parents.
Deep down in their heart, they wanted the best for you.
Jadi hiduplah baik-baik,, jadilah manusia yang baik-baik.
kerana kita membawa nama mereka melalui bin dan binti, dan kita mewarisi iras wajah mereka berdua.

Usahlah terluka andai mereka tidak mampu memenuhi semua kemahuan kita.
I learnt to accept all that though I have been living like a caged bird.
Although I have been living someone else's life for all this while, but that someone is my mother.
Kita tidak akan pernah faham selagi kita tidak bergelar ibu bapa.
maafkan mereka seperti mana mereka sentiasa memaafkan segala silap dan salah kita.
Sayangi mereka, hargai masa bersama mereka.. kerana semakin mereka dimamah usia, waktu mereka untuk pergi selamanya juga semakin dekat.
Benar, ajal tidak mengira usia. Jadi hargai mereka.

I talked with my dad in the car while we are on our way to the bus station last night.
My dad sent me to the bus station.
I love talking to my dad as he listens to every story and every heart felt that I kept inside for all this while.
Ayat abah 'Abah dah cuba yang terbaik untuk penuhi kemahuan kakak, . Laptop rosak abah beli yang baru. Tapi ada benda yang abah tak mampu tunaikan "

dan aku cukup kagum dengan kesabaran dan kebaikan hati budi abah, I wish I can find a man just like my dad. Funny, kind, generous, patient, friendly, loyal, responsible and humble. Susah untuk jumpa lelaki macam abah sekarang.

' always be the best because life is about competition. They only choose the best to produce the best. So be the best so that you'll be chosen. ' We can talk about politics, religions, and my problem without any barrier.

I almost cried but I hold back my tears. Apa yang aku dah tunaikan permintaan abah selama ini? Hanya melalui result yang berapa bagus? Tapi abah dah tunaikan semua permintaan aku. Aku sedar ada sesetengah yang tidak mampu mereka tunaikan, sebab kami bukan orang senang tapi aku bersyukur untuk segala makan pakai dan pendidikan mereka berikan. Semua buku-buku yang mereka belikan untuk aku, tusyen bagai.

Selalu aku berpesan pada kawan-kawan, buruk baik mereka , mereka tetap ibu bapa kita. Respect them. Selalu lah pulang untuk bersama mereka. Belajar rajin-rajin nanti dah kerja bagi duit pula untuk mereka. Aku tahu mereka bukan inginkan sangat pun duit kita tapi kasih sayang kita yang mereka dambakan nanti,, cuma sebagai anak itu salah satu tanggungjawab kita.

cuma satu harapan mereka, ingin melihat kejayaan kita. Jadi jangan la malas belajar,, selain belajar tu sememangnya tugas kita sebagai hambaNYA , kita belajar untuk berjaya dalam hidup. Jadilah anak yang dekat dengan Tuhan kerana harta terbaik mereka tinggalkan untuk kita adalah ilmu dunia dan akhirat. Susah sangat ke kita nak belajar rajin-rajin bagi result bagus pada mak ayah, masuk good university then dapat kerja bagus lepas tu sara mak abah pulak? Jika dibandingkan dengan jasa mereka, keringat mereka, wang mereka..

Aku pun harap suatu hari nanti aku dapat hantar ibu bapa aku pergi umrah dengan duit gaji aku. Insyaallah..

I love you mum and dad.
Jadi apalah sangat aku korbankan cita-cita engineering aku hanya untuk jadi cikgu demi mereka. Apalah sangat nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka pada aku selama ini.


La tahzan.

Semoga Allah sentiasa melindungi mereka yang aku sayangi di kala aku jauh dari mereka.

No comments:

Post a Comment