Tuesday, July 21, 2015

'' langit vanilla ''

dah lama tak layan jenis puisi ala-ala fixi macam puisi tepi jalan, sofa biru dan langit vanilla ni.. Tapi aku betul-betul kagum dengan lirik langit vanilla. Sememangnya kena pada situasi kita sebagai manusia di muka bumi Tuhan ni. Knowing her story, I somehow respect her for her strong spirit. Aku belajar dan cedok sedikit lesson of life daripada kisah hidup dia. Dan juga aku belajar sesuatu dari puisi dan lagu langit vanilla ini.

I dedicated this song for you.

" kau manusia, kau tak boleh ada semua "

kerana kesempurnaan itu milik DIA semata mata, dan kerana apa yang kita inginkan mungkin bukan yang baik untuk kita. DIA lebih tahu.

" satu dua tiga impian hancur menjadi lebur '' 

Atas setiap impian yang kau anyam menjadi abu dan lebur, pasti ada hikmah di sebalik semua itu berlaku...


tapi hidup ini semoga kita berpayungkan Tuhan sebagai tempat kita bergantung sepenuhnya
Kita akan sentiasa bertatih mencari Tuhan.
Letakkan DIA dalam setiap hidup kita.
berbaliklah pada tempat asalnya cinta, kerana cinta DIA yang Maha Esa mengatasi segalanya.
Pada setiap sujudnya kita mengagungkan NYA.
Atas lafaz sujud yang membawa maksud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


" Rasa sanggup untuk kemalangan dan punah ranah hati berkali kali, Subhanallah setiap kejadian itu benar berbaloi ''

suatu hari nanti, bila kau renung kembali atas semua kejadian yang berlaku dalam hidup kau, kau akan nampak setiap hikmahnya. Asal kau tahu, kau kembali pada NYA.

seperti aku, bila aku renung kembali pada setiap kejadian yang berlaku dalam hidup aku barulah aku nampak betapa besarnya Merci Tuhan pada aku.


do read her book. It is worth reading and no dad, this book is not suitable for you. hehe. Untuk anak remaja yang masih meniti alam kedewasaan dan mencari identiti diri seperti aku.. Yes, I love this book and her song. ;)

No comments:

Post a Comment