Saturday, December 19, 2015

" dan ego itu membunuh "

dan ego itu membunuh, membunuh segala hubungan yang wujud di atas dunia ini.

egonya seseorang dalam percintaan, egonya seseorang dalam persahabatan, egonya seseorang dalam hubungan kekeluargaan.


Jujur, ego itu memusnahkan. beri aku satu bukti, andai yang mengatakan ego itu membahagiakan.

kerana ego itu.

meranapkan.

memusnahkan.

membunuh.

menjauhkan.


because of an ego, two lovers are strangers right now, two best friends are no longer best friend, a mother is no longer talk to her son, a father is no longer concern about his children anymore,

ego.

Andai ego itu dibuang, pastinya aku bahagia kini. Pastinya aku tidak kehilangan mereka-mereka yang aku sayang.
Andai ego itu dibuang, pasti setiap hari raya, suasana bertukar ceria dan bukannya hambar. Sudah dua kali aidil fitri aku menantikan kepulangannya tapi kerana ego mereka, aidil fitri itu hambar sekali.
Andai ego itu dibuang, pasti dapat dirungkai rindu seorang ibu pada anaknya.
Andai ego itu dibuang, pasti sebuah keluarga dapat bersatu kembali.
Andai ego itu dibuang, pasti aku tidak dibuang seseorang dengan begitu sahaja.
Andai ego itu dibuang, pasti aku dan dia dan dia dan dia masih mampu melakar cerita indah sebuah persahabatan.

Aku ego. kau ego. dia ego. mereka ego. kita semua ego.

dan kerana itu, aku kau dia mereka kita semua merana, menyesal, tapi di simpan di lubuk hati yang terdalam, kerana apa? Kerana kita masih belum bersedia untuk melepaskan ego masing-masing.

dan ego itu, sememangnya umpama barah, yang membunuh dalam senyap. Membunuh jiwa manusia.
Setinggi manakah ego itu ingin dijunjung? Sehingga kau merasakan kau menang? Menang dalam membuat orang yang kau sayang itu merana? Baru kau puas?

alangkah indahnya jika tanpa ego, kita boleh berbicara dari hati ke hati dengan sejujur-jujurnya.
alangkah indahnya jika tanpa ego, kita boleh memaafkan mereka dan memulakan kembali kisah kita. 
alangkah indahnya jika tanpa ego, pelukan hangat mereka dapat kita rasai kembali.

Hai ego, cukup hebat kewujudan kau dalam jiwa manusia-manusia.

dan aku. hanya mampu menangis mengharapkan sedikit belas dari Tuhan, agar ego aku, dia dan mereka dapat dilembutkan. 

No comments:

Post a Comment