Tuesday, December 22, 2015

" jangan pernah lupa "

Antara nasihat mama, nasihat mereka-mereka ( elders that I met, either just a pak cik, lecturers or even a strangers ) . Ni antara nasihat mereka yang aku akan pegang sampai bila-bila.

1. usah bercakap tentang kemewahan di hadapan mereka yang susah.
2. usah bercakap tentang kesihatan di hadapan mereka yang sakit.
3. usah bercakap tentang bahagianya kita di hadapan mereka yang bersedih.
4. never forget those who helped you.
5. stay kind. Always give. always give your sedakah and zakat.
6. jangan boros, jangan terlalu mengejar wang, jangan riak dan sombong.
7. sentiasa plan for future, for financial.
8. always seek for knowledge.
9. respect to everyone.
10. jangan hidup nak tiru orang. jadi diri sendiri. cari identiti sendiri.
11. put God above everything.

and banyak lagi nasihat actually, terutamanya from my mum ( sekalipun mama aku ni sangat tegas orangnya, cukup tegas dengan anak-anak tapi nasihat dia cukup bernas kadang-kadang, haha)

mama selalu pesan, bila aku dah ada kerja nanti, jangan lupa pada keluarga che limah. Mereka susah, tapi mereka kaya dengan hati budi yang baik. Terlalu banyak budi mereka pada keluarga aku, sejak my mum and my dad sakit sejak 18 tahun yang lalu. Pesan mama, nanti kerja selalu la ingat untuk memberi pada che limah and never forget those who helped you during your hardship. Jangan lupa untuk sentiasa memberi sedekah to those who need it ( budak sekolah ke, bagi kat surau ke ). Betul, rezeki kita tu kadang-kadang bukan rezeki kita, tapi untuk kita berkongsi rezeki dengan makhluk Tuhan yang lain, sekalipun hanya untuk seekor kucing.

Benar juga untuk aku stay humble and lead a modest life. supaya aku tak bercakap tentang mewahnya aku makan di hadapan mereka yang tidak mampu, supaya aku tak bercakap betapa branded nya beg kasut aku di hadapan mereka yang tidak senasib dengan aku.

I want to live a modest life so that I will always remain humble and grateful. Supaya aku tidak memandang material sangat dan supaya aku tak menjadi seorang yang sombong dan riak. Apa yang aku ada, bukan milik aku tapi Dia, hatta nafas aku milik Dia. Itu yang aku takut, kalau aku riak dan sombong sedangkan aku ni hanyalah hamba sama seperti manusia yang lain.

Semoga aku sentiasa mampu untuk menjadi manusia yang baik dan aku hanya ingin hidup aku diberkati, sekalipun aku tak kaya gila. Tidak mengapa andai aku diuji dengan kesusahan wang, semoga dengan harapan kesusahan itu mengajar aku erti bersyukur dengan apa adanya, so that I'll be grateful for every little things in life. Aku lagi takut diuji dengan ujian kemewahan dan kesenangan, takut nanti itu lah yang menjadikan aku manusia sombong. Mama paling suka bagi aku nasihat ni, hidup biar ukur baju di badan sendiri, belajar sederhana, jangan boros, jangan hidup biar papa asal bergaya. I'm glad mama and my dad tak ajar anak-anak hidup boros, tak manjakan dengan kemewahan iphone tapi dengan beri kami adik beradik keperluan untuk hidup seperti kereta, belikan laptop buku dan sedikit wang ( yang mama simpan bila orang bagi duit raya kat kami masa kecik-kecik dulu, money reward bila kami dapat result spm bagus,dll ) bila kami dah graduate. Itu lagi penting untuk kami mulakan kehidupan kami, mulakan financial kami dengan gaji kami.. Kat situ nampak tak betapa pentingnya menabung actually. Setiap kali ada duit orang kasi kat aku, mama mesti simpan tak kasi beli benda merepek. Sedih jugak actually dulu sebab bila duit orang bagi dah masuk tabung, nak beli pape kena la saving sendiri dari duit belanja haha. Tapi benda tu buat aku belajar untuk berusaha dan menghargai benda yang aku beli dengan duit sendiri. So bila dah kerja nanti, paling penting my mum nasihat, jangan boros, make sure ada simpanan wajib every month.

Betul semua yang dinasihatkan tu. Aku terlalu mengejar wang, nak kumpul duit banyak-banyak, itu tak salah cuma mama pesan jangan sampai lupa keluarga lupa mereka-mereka yang ada di sekeliling aku.. It scared me actually.

dan aku, sentiasa plan for my future and my financial. Aku sentiasa tulis ape aku nak achieve dalam hidup, apa aku nak accomplish for today, and financial plan aku dalam buku.. Sebab tu aku rasa aku cukup independent dengan hidup aku (walaupun financial plan aku kadang-kadang gagal sebab memang tak cukup duit so kena mintak dengan parents ). I always know what I want in life and I am just being me.

So far, I'm still learning. Knowledge tu bukan pada buku je. Sekarang aku tengah belajar pasal loan kereta dan loan rumah supaya nanti aku tak kena tipu camtu je. Itu pentingnya knowledge. Contoh loan kereta, ape yang terbaik aku boleh ambik supaya aku mampu bayar monthly duit kereta aku dan tak perlu tanggung beban hutang yang banyak.

Last nasihat mama juga dan orang lain : be an independent woman. Yes I will. ;) dan aku, berserah segalanya pada Dia. Semoga aku dikelilingi mereka yang akan sentiasa ingatkan aku nasihat-nasihat sebegini. Insyaallah. I'm grateful for having these wonderful people to remind me about values of life.

No comments:

Post a Comment