Tuesday, December 22, 2015

" rakyat marhaein "

I recommend you to listen to this song entittled " belantara kontrit " by altimet. It has such a deep meaning and I attracted to this one part of it's lyric " ada kucing kurap berangan nak jadi singa, ada khinzir hutan kian gemuk meratap riba "


this song has a deep meaning, to tease those who people who has been living such a lavish life out of their greediness. Jika dilihat situasi sekarang, keadaan di negara kita nak hampir sama dengan situasi di beberapa buah negara lain ( I don't want to mention takut menimbulkan isu di sini ) di mana boleh lihat yang miskin akan betul-betul miskin dan yang kaya akan terus-terusan kaya dan hidup dalam kemewahan mereka. Same goes with our country. Situasi di negara kita bila orang-orang yang memegang amanah rakyat, menjadi khinzir hutan yang kian gemuk meratap riba, mengaut keuntungan dan kemewahan, dan akibatnya rakyat marhaein yang menanggung derita.


Mama selalu pesan, kalau kita rasa kita dah cukup susah, pandang mereka yang lagi susah dari kita. Itu yang menyebabkan hati aku kadang-kadang sebak. Kadang-kadang nak makan pun tak dapat sebab semua barang mahal sekarang, semua makanan terlalu mahal sekarang. Aku pun dah rasa terkesan dengan barang mahal ( bila kena handle financial sendiri dengan duit elaun, tak kan nak minta mama papa selalu kan ) apatah lagi mak ayah yang lain yang nak belikan makanan, barang-barang untuk anak-anak. Allahu Akbar, sedih.

yang kaya, mana mereka faham erti susah tu macam mana. Aku sekalipun tidak mampu berada dalam keadaan mereka ( kawan-kawan aku contohnya) yang jauh lagi susah dari aku, melihat mereka pun aku dah cukup sedih.. Kita rakyat marhein, yang menanggung akibatnya dari tirisnya amanah dan keborosan mereka.

Ahh persetankan, apa mereka tahu. keluar dengan statement-statement bodoh mereka umpama tidak pernah masuk sekolah .. Lihat contoh statement mereka, " kalau ayam naik, jangan beli ayam " . Bukankah cukup celaka statement itu seakan menghina.

Mereka, si kaya yang tamak umpama khinzir hutan mana pernah susah, mana pernah mereka sanggup walau sehari untuk hidup seperti rakyat marhein.

Tahun 2016 bakal menyaksikan betapa kita semua perit, dengan harga semua mahal, termasuklah tol dan public transport. Apa mahu kita berenang jika tak mampu beli tiket flight? Apa mahu kita naik basikal ke tempat kerja jika tol dan tambang lrt or bus semakin mahal? Apa mereka sanggup untuk buat semua itu?


Haih, nasib rakyat marhein. Aku yang hidup single tak de keluarga ni pun dah rasa perit fikir next year aku nak bayar keta, bayar sewa rumah, bil itu bil ini minyak kereta ( the list goes on).  Aku jadi kesian, melihat ayah dan ibu yang bekerja keras mencari rezeki, hingga kadang-kadang anak terabai. Aku melihat sendiri keadaan ini dari kehidupan anak murid aku. Sebagai guru, aku juga memerhati kehidupan anak-anak kecil itu. Cukup kasihan. sebab itu aku cukup marah jika anak-anak jenis tak kenang budi, jenis yang tak nak belajar rajin-rajin demi ubah nasib keluarga yang susah.. Selalu aku nasihatkan murid-murid aku belajar rajin-rajin, ubah nasib keluarga.

nasib rakyat marhein. Cukup derita.

No comments:

Post a Comment