Saturday, December 19, 2015

" sejak bila "

dan sejak bila perkahwinan itu perlu atas dasar rupa paras putih mulus flawless tanpa cela dan bukan pada cantiknya budi, akal dan agama seseorang? 

dan sejak bila perkahwinan itu atas dasar umur,
sejak bila perkahwinan itu atas dasar status pendidikan
 dan sejak bila juga perkahwinan itu adalah berdasarkan berapa kepuk duit kau punya untuk aku hidup mewah dengan kau? 

sejak bila agama meletakkan semua itu sebagai asas? 
sejak bila apabila lelaki berkahwin dengan perempuan yang jauh lebih tua itu akan dipandang hina? 
sejak bila perempuan muda berkahwin dengan lelaki yang umurnya umpama abang sendiri (jauh lebih tua) adalah salah.
sejak bila perkahwinan itu memerlukan seseorang ada degree master phD dan hantaran kahwin adalah berdasarkan status pelajaran itu semua? 
sejak bila perkahwinan itu adalah kerana kayanya lelaki itu untuk memberikan hidup senang kepada kau? 
Sejak bila perkahwinan itu perlu segalanya mewah dan grand sekali dengan hantaran yang semakin gila nilai angkanya?
sejak bila hantaran tu perlu sampai 15k kalau tak omaigod malu dengan orang kampung..
sejak bila nak pilih lelaki kena tengok dia kerja apa, kereta apa dia pakai, dari tengok agama dan akhlak dia? 


Andai perkahwinan itu berdasarkan nafsu, berdasarkan wang, berdasarkan status, maka semua di atas adalah salah dan memang akan mendapat kritikan padu punyer lah. kerana perkahwinan itu bukanlah atas dasar kebendaan, tetapi penyatuan dua hati yang menerima kekurangan dan kelebihan satu sama lain dan bersedia melengkapi antara satu sama lain. dan perkahwinan itu juga adalah penyatuan ukhwah dua keluarga. 

Tapi andai perkahwinan itu atas dasar agama, ikhlasnya mereka menerima antara satu sama lain,, apalah salahnya.. tetapi manusia sekeliling yang merumitkan keadaan. 


lihat saja kini. perkahwinan paling grand antara doktor dengan engineer pun belum tentu bahagia ( kata mereka sekufu kawen engineer dengan doktor ni ) , perkahwinan dengan wanita hensem dan tampan belum tentu tidak berakhir dengan penceraian ( kata mereka perlu pandang rupa untuk memilih pasangan ) , perkahwinan dengan pasangan yang sama umur juga tidak menjamin bahagia ( kata mereka tidak boleh berkahwin dengan yang jauh lebih tua atau jauh lebih muda dari kita ).. 

kerana kita terlalu mengikut paradikma masyarakat. terlalu takut apa agaknya masyarakat akan bercakap.. 


nak ikut cakap orang ni tak pernah puas. Sejak bila perkahwinan itu adalah sebab mereka? 

Yakinlah. Yakinlah dengan agamamu, Yakinlah dengan janji Tuhan, betulkan lah niat perkahwinan itu bukan atas dasar kebendaan tetapi atas dasar agama dan keikhlasan dia menerima kita dan kesediaan kita untuk sehidup semati dengannya.. 

Tuntutlah ilmu untuk lebih faham akan konsep perkahwinan Islam. Semoga perkahwinan itu diberkati, tanpa perlu mengira kata-kata mereka, semoga zuriat yang dihasilkan itu dapat dibesarkan menjadi seseorang yang berguna.. 

tak perlu mengikut norma masyarakat akan " sejak bila " . 

just my sharing about choosing a spouse (  click here ) and (  click here ) . 


p/s : sebab apa aku tulis entry ni walaupun aku single trang tang tang? Sebab mereka di sekeliling aku mengalami dilema itu kerana mereka terlalu mengikut konsep " sejak bila" di atas, dan akan berlaku begitu juga dengan aku nanti bila aku nak perkenalkan soulmate aku. 

No comments:

Post a Comment