Saturday, March 12, 2016

aku tak bodoh

aku tak bodoh nak percaya setiap dalih kau. Aku temui jawapan di dalam setiap dalih kau. Terima kasih.



"kenapa tak save nombor aku ke? "
" phone aku tak boleh save nombor " oh. mintak nombor girl lain nak save nak whatsapp boleh pulak phone kau save contact? Kelakar nombor 1.


" ape nombor phone baru kau?"
" nanti la aku bagi " sampai aku merajuk baru nak bagi, rasa macam gosh aku sampai separuh merayu nak mintak nombor look so desperate di situ. Tapi dengan girl lain " eh ni nombor baru aku "" kelakar nombor 2.


" kenapa tak pernah post gambar kita kat ig ke wechat??"
" masihkah kau ingat dulu pakai phone papa,, mana dapat nak upload. Dah delete semua. Relaks lah sebab kecik camni pun nak kecoh? Awek aku tak upload pun aku tak kesah pun "

first, aku tak kesah pasal gf kau post ke tak. Tapi kau boleh post gambar awek kau banyak banyak dalam IG dalam wechat? Oh phone tu baru jadi milik kau hujung tahun eh? Bukan masa kenal dengan aku lagi phone tu dah jadi phone kau? Dan masa dengan phone tu jadi milik papa lagi kau boleh je mintak wassap gambar and post gambar kat ig??" Kelakar nombor 3. Aku nak tengok effort kau hargai aku bukan awek kau. Kau tunjuk kau hargai dia. Kau sayang dia. AKU? Itu yang cukup buat aku kecik hati sangat. Tidak bermakna langsung ke kehadiran aku?

pape je lah. Suatu hari nanti,, aku pasti pergi juga dari hidup kau. Tuhan tolonglah aku dah tak bermakna pape lagi dalam hidup dia cukup lah pertemukan kami. Dia tidak akan pernah menghargai aku. Ape guna aku tunggu lagi dalam hidup dia? Dia juga yang meranapkan hidup aku. Seharusnya dia menghormati aku paling tidak, melindungi aku dan ,, sama seperti lelaki dayus yang lain, buang aku begitu saja dari hidup sama seperti selalu. Tuhan, tolonglah. Aku perlukan kehidupan yang baru untuk semua hidup aku yang dah hancur ni. cukup lah syazliana kau terhegeh pada dia. Lantak lah dia nak jadi ape, tak perlu lagi ada di sisi dia untuk bantu dia sokong dia untuk jadi manusia yang berjaya. Kau tiada makna dalam hidup dia. Sekarang kau fokus pada life kau. Ada duit, kuruskan badan, ubah style kau sikit then okay.. bahagia dengan orang yang sayang kau, bukan kau terhegeh-hegeh.

mana tak nya, senang senang je buang aku dari hidup macam aku ni sampah. Tapi kutip balik lepas tu macam aku tak de perasaan. Apa aku ni barang mainan kau? Nak datang ambik tak nak buang. Kau cakap kalau kau di tempat aku ape perasaan dia? Unless dia hati macam kau memang kau tak kan rasa sakit dia macam mana. Dengan orang lain ko boleh layan elok-elok dengan aku,, ermm. Aku sedar aku siapa, aku tak punya pape, rupa jauh la tak de, tak sedar diri. dah tua tak cantik pulak tu. Di pihak kawan-kawan aku pula kau la manusia paling tak tahu bersyukur dan jumpa orang baik macam ni tak reti nak hargai, tak tilik rupa sendiri kau tak layak untuk aku, kau layak untuk perempuan lawa hispter tu je bukan perempuan yang setia macam aku,. Sekalipun aku tak pernah kesah ape nasihat mereka, aku terima kau seadanya, aku sudi untuk menjadi pendorong kau berjaya. Tapi ape aku dapat? Aku hanya nak kau hargai aku,, dan aku nak kau jadi somebody, demi masa depan dan keluarga kau. Itu je. Susah kot permintaan tu.

after all.

after all, you will fall in love with attitude not appearance. Betul lah pepatah ini. Rupa hensem cantik tidak jamin kau akan bahagia dengan seseorang tu. Semua tu hilang jugak nanti, semua itu jadi sampah kalau kau cantik hensem macam mana pun attitude ke laut. True. Sangat betul. Finally kau akan cari seseorang yang punya attitude yang baik.

yang hormat orang tua, yang rajin bekerja cari duit untuk masa depan bersama, yang menjaga keluarganya, jaga solat puasa, menghormati kau sebagai seorang wanita bukan yang merosakkan kau, yang menghargai kau, yang menerima segala baik dan buruk kau. Biarlah tak kaya, tak hensem, tak ada masters PHD sekalipun semua tu boleh slow slow upgrade. Sekarang ni asal ada duit semua jalan. Nak sambung belajar, nak baiki rupa bagai. Tapi hati? Tapi attitude? kau tak boleh baiki.

Aku belajar untuk menerima seseorang yang tulus menyayangi sekalipun aku tiada hati lagi padanya. Tapi aku percaya dia punya attitude yang baik, dia cukup menghargai aku. Mama cakap pilih orang yang suka kita jangan kita yang suka dia. Betul. Sangat perit bila tak dihargai, sangat sakit bila selalu ditipu sampai kau rasa tak tahu dah nak percaya ke tak ape yang diperkatakan. Dia cukup baik, aku nampak effort dia, aku nampak attitude dia macam mana dan dia faham aku perlukan masa untuk pulih, untuk belajar mempercayai lelaki lagi.

Cuma, untuk aku yang punya sejarah hitam,,, aku tak sempurna, aku tak rasa aku layak untuk dia yang sebaik itu. Cukup aku menyesal akan apa yang berlaku tapi benda dah jadi. Entah lah, mungkin aku tak layak untuk bahagia. Entah lah. Biarlah dia jumpa seseorang yang lebih baik dari aku. I have nothing to offer except my heart and my loyalty. Tapi cukup ke tu semua, what about my past? Mampu kau terima?? atau aku akan dihina untuk itu?


faktor umur juga jadi masalah tapi bagi dia, dia tak kesah. Dia kata cukup hati you baik. Umur, tak melambangkan kematangan. Woww, dia cukup baik..Aku terharu untuk setiap apa yang dia buat. Hantar makanan, keluar kasi aku makan.. Kata nak suruh aku kurus ni kasi makan hari-hari walaupun roti telur cadbury resipi special untuk aku, jadi la.. Tak perlu makanan mewah cukup untuk setiap effort yang ditunjukkan.

After all, attitude memainkan peranan. Kita kenal dia, keluarga dia,, boleh tak dia masuk dengan family aku , boleh tak dia terima baik buruk kita, boleh tak kita terima keluarga dia,,solat puasa dia cukupkah tak perlu warak macam ustaz pun tak pe asalkan ingatkan aku supaya pakai tudung solat selalu. Cukuplah. yang sudi sabar untuk setiap rajuk aku.. Bukan mudah semua itu. hensem semata tak boleh beli semua itu..


current life

it has been awhile I didn't write any entry, not even one after my last post. My life is good , I think so. At least so far, my life is good. I am still holding to my dearly life. I currently hold a tittle as a part time lecturer in a private college and I learnt so many things so far. Sampai aku cakap pada diri, " oooo camni rupanya experience masuk bekerja. Mulut dan fitnah berleluasa, tak kira la kau pakai tudung labuh ke tak,, berpurdah sekalipun. Masing-masing ada give and take. Bagi aku, kita lihat yang baik sahaja pada mereka. and you be careful with anything you share.Yang berkuasa pandang jelik pada bawahan. Yang pemalas nak mati tinggalkan kerja terbengkalai entah pape pada aku sampai rasa nak maki je orang tu tapi itu lah manusia. Student pulak Alhamdulillah so far aku jumpa yang baik-baik kelakar pun ada. Tapi ada jugak yang kerek lagi berlagak. Lumrah la anak orang kaya. Itu normal and aku tak rasa itu pelik pun.

Still, aku risau akan posting aku. Tapi percayalah, keep praying and tolonglah ada mindset yang kau kena bersedia untuk apa jua kemungkinan dengan keadaan negara yang cukup nazak ni. Tak mustahil posting kau tiada tahun ni tak pun lambat. Jadi belajar lah untuk survive, ambik la kerja mana-mana yang boleh, business sana sini. Kau memekak membebel menimbulkan provokasi tiada guna, kau hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Aku percaya ini semua rezeki and takdir. Belajar. Hidup ni banyak kena belajar. Belajar mengeluh tak guna, tak selesaikan masalah. Take your action, and survive. 

Aku cukup bersyukur untuk semua yang berlaku dalam hidup aku. Punya kerja yang elok,, walaupun orang cakap gaji tak seberapa, tapi biarlah aku nak cari pengalaman. At least ada jugak gaji, nak survive. Alhamdulillah mama restu kan aku pergi mengajar di sini. Semoga dipermudahkan segalanya.