Saturday, March 12, 2016

aku tak bodoh

aku tak bodoh nak percaya setiap dalih kau. Aku temui jawapan di dalam setiap dalih kau. Terima kasih.



"kenapa tak save nombor aku ke? "
" phone aku tak boleh save nombor " oh. mintak nombor girl lain nak save nak whatsapp boleh pulak phone kau save contact? Kelakar nombor 1.


" ape nombor phone baru kau?"
" nanti la aku bagi " sampai aku merajuk baru nak bagi, rasa macam gosh aku sampai separuh merayu nak mintak nombor look so desperate di situ. Tapi dengan girl lain " eh ni nombor baru aku "" kelakar nombor 2.


" kenapa tak pernah post gambar kita kat ig ke wechat??"
" masihkah kau ingat dulu pakai phone papa,, mana dapat nak upload. Dah delete semua. Relaks lah sebab kecik camni pun nak kecoh? Awek aku tak upload pun aku tak kesah pun "

first, aku tak kesah pasal gf kau post ke tak. Tapi kau boleh post gambar awek kau banyak banyak dalam IG dalam wechat? Oh phone tu baru jadi milik kau hujung tahun eh? Bukan masa kenal dengan aku lagi phone tu dah jadi phone kau? Dan masa dengan phone tu jadi milik papa lagi kau boleh je mintak wassap gambar and post gambar kat ig??" Kelakar nombor 3. Aku nak tengok effort kau hargai aku bukan awek kau. Kau tunjuk kau hargai dia. Kau sayang dia. AKU? Itu yang cukup buat aku kecik hati sangat. Tidak bermakna langsung ke kehadiran aku?

pape je lah. Suatu hari nanti,, aku pasti pergi juga dari hidup kau. Tuhan tolonglah aku dah tak bermakna pape lagi dalam hidup dia cukup lah pertemukan kami. Dia tidak akan pernah menghargai aku. Ape guna aku tunggu lagi dalam hidup dia? Dia juga yang meranapkan hidup aku. Seharusnya dia menghormati aku paling tidak, melindungi aku dan ,, sama seperti lelaki dayus yang lain, buang aku begitu saja dari hidup sama seperti selalu. Tuhan, tolonglah. Aku perlukan kehidupan yang baru untuk semua hidup aku yang dah hancur ni. cukup lah syazliana kau terhegeh pada dia. Lantak lah dia nak jadi ape, tak perlu lagi ada di sisi dia untuk bantu dia sokong dia untuk jadi manusia yang berjaya. Kau tiada makna dalam hidup dia. Sekarang kau fokus pada life kau. Ada duit, kuruskan badan, ubah style kau sikit then okay.. bahagia dengan orang yang sayang kau, bukan kau terhegeh-hegeh.

mana tak nya, senang senang je buang aku dari hidup macam aku ni sampah. Tapi kutip balik lepas tu macam aku tak de perasaan. Apa aku ni barang mainan kau? Nak datang ambik tak nak buang. Kau cakap kalau kau di tempat aku ape perasaan dia? Unless dia hati macam kau memang kau tak kan rasa sakit dia macam mana. Dengan orang lain ko boleh layan elok-elok dengan aku,, ermm. Aku sedar aku siapa, aku tak punya pape, rupa jauh la tak de, tak sedar diri. dah tua tak cantik pulak tu. Di pihak kawan-kawan aku pula kau la manusia paling tak tahu bersyukur dan jumpa orang baik macam ni tak reti nak hargai, tak tilik rupa sendiri kau tak layak untuk aku, kau layak untuk perempuan lawa hispter tu je bukan perempuan yang setia macam aku,. Sekalipun aku tak pernah kesah ape nasihat mereka, aku terima kau seadanya, aku sudi untuk menjadi pendorong kau berjaya. Tapi ape aku dapat? Aku hanya nak kau hargai aku,, dan aku nak kau jadi somebody, demi masa depan dan keluarga kau. Itu je. Susah kot permintaan tu.

No comments:

Post a Comment