Friday, July 8, 2016

be grateful

normal untuk manusia selalu menginginkan sesuatu yang dia kehendaki, tapi tak kan pernah dapat. Berapa sedikit manusia yang benar-benar menghargai apa yang di hadapan mata. Aku salah seorang manusia yang tidak pernah cukup itu.


bila tengok orang lain dah sambung master, aku pulak resah bila nak sambung master sedangkan aku belum lagi kerja. Menganggur dah dekat 10 bulan nak tunggu posting.Tapi aku lupa ada lagi manusia yang lagi lama menganggur, ada yang even tak dapat pun buat degree. At least aku dah ada degree, and there's something that I should be grateful for.

bila tengok orang lain dah kahwin dah ada anak, aku selalu sedih bila aku sendiri pun masih single lagi. Even ada pengalaman perit in relationship macam ni. Aku ni tak deserve someone yang baik ke macam mana, aku ni jahat sangat ke sampai jumpa manusia yang hanya akan memusnahkan hidup aku? Entah. Tapi bila fikir balik, aku masih ada parents yang concern pasal aku, kawan-kawan yang sentiasa ada untuk support aku. Even kalau bukan jodoh aku di dunia, aku sepatutnya redha mungkin jodoh aku tu dah meninggal. God knows better. Maybe I am not ready for the commitment. Still, aku tak belajar untuk bersyukur.

bila tengok orang lain can buy expensive things, dah boleh travel sana sini ada kereta ada rumah semua tu kerja yang boleh buat diaorang travel sana sini, I envy them. Tapi aku lupa perjalanan hidup masing-masing berbeza. Mungkin belum masanya. Maybe aku tak mampu untuk ada life macam tu.aku perlu belajar untuk berusaha lebih dan bersyukur. Kalau ada rezeki adalah tu. Aku pun nak jugak kerja oversea, tak pun sambung belajar oversea macam kawan-kawan. And untuk beli rumah kereta tu, it takes time to build an empire. Bila tiba waktu nya so aku boleh ada semua tu.. Buying expensive things is not in my life goals. Aku lupa kita terlalu dimomokkan dengan happy life mereka di instagram sampai terlupa untuk bersyukur dengan apa yang ada. Dapat hidup sihat tak perlu fikir hutang sana sini pun dah cukup blessing sebenarnya..

ada pulak orang nak lelaki kaya hensem macam dalam drama instagram,, mereka lupa cukuplah ada seseorang yang setia di sisi yang sentiasa ada untuk layan kita, yang sentiasa ada untuk terima baik buruk kita, yang sentiasa ada untuk mendengar setiap luahan kita itu pun dah lebih dari cukup untuk ada seseorang yang sayang kita sepenuh hati. Dari aku ni, yang langsung tak de orang sayang. you should be grateful.

ada isteri nak lelaki kaya, bagi aku cukuplah dia ada kerja tetap walaupun bukan gaji mahal sampai 5k, asalkan sembahyang cukup pandai jaga orang tua, setia dengan isteri dan jaga anak bini dengan baik. It is more than enough. ada nak yang isteri cantik macam artis, mereka lupa kecantikan luaran boleh dibeli dengan duit. cuba provide wife korang 5k untuk make up macam artis tu semua makan semua product kecantikan. Masalah dia kau mampu? then kau lupa pengorbanan wife kau untuk jaga makan minum kau, lahirkan anak untuk kau, setia dengan kau waktu kau miskin tak dapat provide semua benda yang bagus untuk keluarga.. hanya sebab kau kejar sesuatu yang sementara.

learn to be grateful. nak cari yang sempurna memang tak akan pernah dapat, sebab kita pun tak sempurna. dan kesempurnaan itu milik Dia semata. Learn to be grateful by learning to appreciate life and everything you have.

everything takes time. Don't get intimidated by others. Manusia punya goals of life yang berbeza. Dan salah satu prinsip hidup aku, aku tak nak biar papa asal bergaya. Sebab tu aku belajar untuk berdiri atas kaki sendiri sekarang walaupun gaji part time aku ciput sangat tapi cukup untuk hulur pada mak ayah, dah kira syukur. The rest perlu belajar untuk menabung and saving dengan lebih baik.

everything takes time. What you have now, you should appreciate. Bila reflect balik, banyak benda untuk aku bersyukur. Aku tak punya hutang ptptn bila dah habis belajar, sedangkan kawan-kawan masih perlu struggle nak saving dengan bayar hutang ptptn. Aku baru dekat setahun lambat posting, ada yang bertahun-tahun. itu pun tak bersyukur lagi syazliana. and just because a few person hurt me, doesn't mean yang lain will do the same to you. learn to be grateful and learn to appreciate before God takes away everything from you.

No comments:

Post a Comment