Saturday, July 9, 2016

I am sorry mama

waktu-waktu macam ni, bila ada anak mama yang nak kena balik tempat belajar, contohnya macam aku yang nak kena balik asrama atau nak kena balik melaka, mama will be the busiest person ever in that house. packing things, packing food for us and cook us our favourite food. Before that dia akan bawak kami pergi mall untuk beli bekalan makanan and bekalan harian kami yang tak cukup macam berus gigi ke, ubat gigi shower gel semua tu lah. Setiap kali nak balik melaka konfirm beratus habis duit mama untuk each of us. Then mama akan packing food lagi untuk kami bawak pergi sana biskut la kerepek la ape lah..

mungkin itu jugak lah yang aku buat untuk shaz untuk bekalan dia kat sana nanti. Dia dah tak yah susah lagi dah nak makan ke, nak laundry ke, toiletries semua dah ada. All he needs is to do his best for his future. Sama macam mama buat pada aku. She completed me, and I completed him...

just now I saw my mum packing biskut raya ( cookies ) for me and adik. Adik nak balik melaka dah malam ni, aku pulak malam esok naik bus balik seremban. Suddenly I told myself, I have wronged her so much, jauh di sudut hati aku nak mintak ampun sebenarnya dari hati aku.

Maafkan kakak sebab dah conteng arang kat muka mama and dad. maafkan kakak andai pernah hampakan mama dan dad. maafkan kakak untuk ranapkan kepercayaan mama and dad. Kalau masa boleh diundur kembali mama, kakak tak kan buat semua tu. I made mistakes in life ma and I am so sorry..

She is the best mum, di sebalik tiger asia character dia like other asian mothers would have, di sebalik tegas dia dan ego nya,, she is the loveliest mother. Kasih sayang dia, setiap apa yang dia ajarkan pada aku untuk aku dapat survive di dunia ni kalau mereka tiada.

" hidup ni, kena belajar susah. Hidup ni kena belajar untuk hidup dengan kemampuan diri sendiri. Biarlah orang nak pakai barang branded, barang mahal ke, kita belajar saving duit untuk masa depan "

itu lah ayat yang sentiasa mama pesan. Mana pernah mama manjakan kami dengan iphone dengan branded stuff sekalipun mampu. Tapi mama tunjukkan pada kami yang kami mampu tersenyum untuk masa depan kami. Duit mama saving tu la mama bayarkan downpayment kereta kami, duit tu jugak la untuk mama beli rumah untuk kami.. I guess itu lagi penting, untuk hidup tanpa hutang and to sleep in peace at night. tak kaya pun tak pe, asalkan dapat duduk rumah yang selesa. kereta kecik pun tak pe, asalkan mampu bayar monthly. Pentingnya hidup dengan kemampuan diri sendiri itu pengajaran paling penting mama ajarkan kami.

ma, kalau someday kakak tak kahwin, maafkan kakak ma. Kakak nak sambung master oversea macam kawan-kawan yang lain dan kakak nak mama and dad pergi sana. Biarlah kakak jaga mama and dad. pray for me ma. Sebab tak semua orang bertuah ma, mungkin nasib kakak tak macam yang lain. Mungkin kesilapan kakak pada mama and dad itu lah akibat yang kakak kena tanggung seumur hidup.

dan aku tahu jauh di sudut hati, dia rindu abang. I pray each night and day, that God will protect her and dad whenever I am far from them. Kalau aku kena posting sabah sarawak ni macam mana la agaknya. Semoga mereka sentiasa dalam lindungan NYA.

No comments:

Post a Comment