Friday, July 8, 2016

to appreciate.

learning to appreciate is not by words, but through action. bukan susah pun nak hargai orang.

you say thank you pun dah cukup bermakna. Ada masa kita belanja dia balik bila dia pernah belanja kita. Tak mahal pun tak pe cukup mekdi ke kepsi. It is not about how expensive it is , as long as we are sincere enough. and untuk menghargai kehadiran seseorang tu dalam hidup kita bukan perlukan duit beribu pun. Paling tak post kat instagram ke fb ke saying how much we appreciate them. Tak pun boleh tweet. it is all about effort.

dan belajar untuk menghargai tu adalah belajar untuk menerima segala baik buruk mereka. Ada yang kita boleh ubah, kita nasihat untuk mereka berubah. Untuk menghargai mereka adalah untuk ada di kala mereka perlukan kita. I always believe good people that come into my life as a gift from GOD. sometimes, when I take that gift for granted, God take the gift back from me. Aku hilang beberapa orang rakan baik dalam hidup aku, maybe sebab I took them for granted. Since then, I learnt to appreciate.

kita hargai orang ni, kita berkawan dengan orang ni bukan perlu syarat pun. Tak kisah la kawan kita tu tak berapa pandai ke, tak berapa cantik, tak berapa kaya, parents dia tak kaya ke ape. Abaikan semua tu. Kalau nak berkawan pun perlukan syarat, kita lah manusia paling angkuh di dunia ni. Sebab semua tu sementara, semua tu Tuhan yang beri dan bila bila masa boleh diambil balik dari kita. Berapa kerat je manusia sekarang yang menghargai nilai sesebuah persahabatan tu. Keikhlasan mereka untuk berkawan dengan kita, ketulusan mereka untuk ada di waktu kita susah atau senang, kesusahan dia untuk tolong kita. Semua tu kita boleh nampak melalui effort mereka bukan pada rupa paras mereka, bukan pada berapa banyak duit dia ada, bukan pada kecerdikan mereka.

growing up in a boarding school since form 1 taught me to appreciate values rather than external aspects such as beauty, money and intelligence.

kita ni berbeza-beza. Ada yang dilahirkan sempurna dengan keluarga yang kaya, ada yang sempurna dari segi paras rupa, ada yang sempurna dari segi kecerdikan,, tapi ada yang sebaliknya. Semua itu sementara jadi kenapa perlu kita nak perlukan syarat untuk menghargai seseorang.

kau ada banyak kawan cantik , banyak followers kat fb or instagram bukan semua akan tolong kita waktu susah. Mungkin sekarang kau boleh berlagak sebab kau tengah senang, tunggu bila ujian susah itu datang, kira dengan jari siapa yang sudi ada untuk kau. paras rupa, duit, kekayaan, pangkat darjat, kecerdikan.. semua itu ujian kesenangan buat kita tanpa kita sedar sebenarnya.

appreciate, it doesn't require any terms and conditions to do so.

No comments:

Post a Comment