Monday, December 12, 2016

congratulation ayu and Hello again sabah

hello again Sabah. Last time datang Sabah adalah waktu aku still dalam perwakilan pelajar,, datang Sabah untuk lawatan benchmark ke IPG Gaya. now aku datang lagi Sabah. Mungkin suatu masa dahulu cinta tertinggal di dalam flight airsia.. Ngeeee I can still remember the splendid view of the sunset at Pantai Tanjung Aru.. perfect. I can still remember that delicious taste of seafood in KK.. sEAFOOD dia sangat la fresh and murah..


Sabah is still the same. calm and very refreshing. Sebab nak attend wedding ayu kat Ranau aku siap apply cuti tiga hari siap kena tolak gaji lagi okay waktu tu kerja kat private college yang puaka tu la.. haha bab potong gaji laju je tapi bab bagi gaji lembap. LOL.

pergi sana almost five days jugak la.. I went to KLIA 2 alone from Alor Gajah to meet with the rest of us, Ika, Nad, Mai,Syuk and Amalina. We took the same flight to Kota Kinabalu airport. Andi waited for us at the airport and we rented two cars during our trip. Tunggu pak cik yang sewa kereta tu sampai lama jugak la but faham sebab sampai waktu maghrib of course nak solat bagai dulu.. , ( kat sana sejam awal dari semenanjung ) and andi dah menunggu kami. She took a flight earlier than us from lahad datu if I am not mistaken.. dapat je kereta, then ape lagi pergi makan sebab kebulur gila dah waktu tu and penat. Lepas makan malam tu gerak pergi umah kakak andi kat taman Universiti and malam tu menginap kat rumah kakak andi..

here we are.. Kat KLIA 2. Waktu ni hanya mampu tengok je dyeorang makan sebab aku puasa ganti waktu ni.. Sape suruh lambat ganti puasa,, waktu ni dah nak masuk puasa ramadhan and aku still belum habis ganti puasa.. *insaf jap wei* _ ehem mai ada taw dalam gambar ni..


ni waktu dah sampai Airport KK. Tengah tunggu pak cik sewa kereta datang hantar kereta. We rented two Persona. Better jangan ambik kereta kecik sebab jalan kat sabah ni banyak kena daki bukit so takut susah sikit nanti.. Kalau mampu sewa 4 wheel terus tapi tu la bajet holiday la katakan.. 





while waiting for our flight. Flight delay sejam okay.. which is not funny..Haha

 soalan bodoh aku tanya Naddy waktu ni " boleh tak aku bukak puasa sekarang, dah pukul 6 lebih. Sabah kan awal sejam..Mesti dah maghrib".. She replied : "tapi kita belum sampai sabah. baru kat tengah laut.. " Gosh I was damn hungry waktu ni.. 



Waktu ni nad kemain gigih paksa kita orang jahitkan girly thing untuk simple bachelor party kat rumah ayu nanti. Aku kirim salam awal-awal lagi dah tido.LOL. tapi sempat jugak la main api untuk potong bahagian kain tu...esok pagi tu bangun awal untuk subuh, aku sambung menjahit.. bila travel ramai kena faham mesti ada yang liat bangun and lambat la nak siap. Dari nak breakfast terus jadi lunch..Pergi lunch dulu sesiap isi perut yang memang kebulur gila,pastu pergi la meneruskan perjalanan untuk ke main town kota kinabalu since aku nak shopping dulu siap-siap..(aku kena balik awal dari dyeorang sebab cuti tak lama, sobsob) . borong amplang banyak-banyak, brooch, gelang mutiara untuk aku, housemate and family shazryn azad (waktu ni aku still rapat dengan mereka ).


Sempat singgah di Bandar KK untuk shopping. Aku je la yang shopping sebab nanti dah terus balik.. tak dan makan seafood waktu ni sobsob..Bandar KK pun dah cantik.. Shopping kat Pasar Philiphine. and cuba la try tawar -menawar untuk harga murah..





 then terus gerak pergi ranau. Jalan dia cukup seram sebab kecik and kalau silap terbabas memang ke gaung.mintak jauh laaa kan. tapi thoughout the journey, the scenery was splendid. bukak tingkap, rasa kabus tu sejuk je kat muka. tak perlu bukak aircond kereta pun.It took almost 5/6 hours to reach Ranau, Ika, Andi, Amalina, naik satu kereta,, kereta satu lagi aku, nad and mai.. tak sempat masuk muzium terbalik tamparuli sebab takut sampai malam.. jalan kat sini kalau malam macam bahaya sikit..since perjalanan pun jauh lagi we decided to continue our journey.



Nad stopped kat satu kawasan untuk ambik gambar gunung kinabalu, and waktu tu la kami bertiga kena kejar dengan anjing yang guard kawasan tu. Seram yang tak leh cakap. Aku punyer terkejut siap campak handphone, kutip balik then baru lari pergi ke kereta.. Bila ingat balik ape punyer bodoh lah hai pergi campak fon.. *sigh*. Tapi gambar memang cantik kat situ. And boleh nampak donkey ears dah tak sempurna lepas gempa hari tu sedih.. singgah lagi ambik gambar ramai-ramai then sambung jalan. Waktu ni Syuk dengan Iffah belum sampai baru on the way..

inilah tempat pit stop kami nak ambik gambar gunung waktu ni. Kat sini boleh nampak air terjun dari gunung tu.. Cantik sangat view waktu ni..and ni gambar yang sempat kami ambik sebelum kena kejar dengan dua ekor anjing.. LOL. nak luruh jantung aku waktu ni..



ambik gambar ramai -ramai. Waktu kat pit stop tempat kena kejar anjing tu kereta dyeorang dah jauh ke depan.. hahaha. ni waktu berkumpul kembali.. 


sampai rumah ayu dah petang, Ayu sediakan homestay yang tak jauh sangat dari rumah. Best best. malam tu tido dengan nyenyak la jawabnya sebab dah penat.Syuk and iffah pun baru sampai kat homestay.. 

ni la bendalah yang Naddy paksa kitaorang buat hahahaha betapa sayangnya naddy kat rumate dia ni.. Untuk bachelor party Ayu before jadi wife orang.. Demi ayu semua boleh.. Iffah and Syuk baru sampai dari Airport KK waktu ni.. 



waktu ni tolong ayu siapkan hantaran, berinai, masukkan chocolate as door gift.. Feeling member nak kawen ni lain macam excited taw., nak nak best friend yang kawen.. So happy for her, and sedih sikit Fara tak dapat join last minute..Mesti lagi meriah kalau fara ada..



The next day pergi spa ikan ( tagal luanti sg. moroli) untuk menjerit macam orang gila dalam air sebab ikan gigit kaki, sempat jugak naik jambatan gantung dia yang scary nak mati sebab aku jenis gayat. then pergi ladang teh Kundasang Ya Allah cantik sangat since everything is green..pastu last tempat pergi adalah Kolam Air Panas Poring..Kat sini mandi kolam air panas tapi since ramai gila orang datang waktu ni tak dapat mandi pun just pergi mandi kat kolam yang tak panas. Belajar berenang kat kolam tu and tak sedar seluar aku koyak. cet, seluar faveret tuuuu jauh dari kemboja dia datang taw ...malu gila nak keluar dari kolam bila seluar koyak camtu nasib baik la geng ramai tolong cover.. pastu balik makan macam biasa then tido..

beratur beli tiket nak masuk kat tempat terapi ikan ni. Boleh beli makanan ikan siap - siap..

dia punyer geli jangan cakap. Ikan tu pulak bukan kecik, mostly dah besar so bila dia gigit tu boleh la buat kau terjerit macam ape.. 




kat sini pun ada jambatan gantung taw. donno why orang Sabah sangat suka buat jambatan.. Gayat pun aku naik jugak hahaha..

ni waktu nak masuk ke ladang teh kundasang..



tempat kat ladang teh ni sangat cantik. All green view je,, pastu tenang jee..

kemain dak ika ni posing.. Kena tahan sikit la menyelinap di sebalik pokok teh ni kalau nak ambik gambar camni..


pergi Air Panas Poring ni  boleh mandi air terjun kat sini jugak taw.. , kat sini kena jungle trekking la sikit tapi air terjun dia super sejukkk..Kalau nak mandi air terjun, kena trekking jauh sikit dari tempat air panas tu.. lepas sejam lebih berendam kat air terjun tu kami sempat naik jambatan gantung again seram nak mati..tapi nasib baik membe banyak support tu yang hadap jugak la laluan jambatan gantung dari awal sampai habis..then makan tengah hari macam biasa..

trekking nak gi mandi air terjun weeeheee

Jambatan Gantung.. Kalau ada heart attack , penyakit yang berkait dengan jantung, or phobia gayat yang extreme dinasihatkan untuk tidak naik sebab jambatan ni memang tinggi and panjang.. Sekalipun aku ni gayat,, I made it okayy walaupun kaki menggigil gigil waktu ni.. 

nak gi mandi air terjun ni kena la trekking sikit 

Air terjun dia best. and sejuk gilaaaaaa...


Gambar kat air panas poring ni je tak de.. habis je mandi then terus balik..Sebab dah nak malam waktu ni..Balik makan mandi and ready nak pergi rumah ayu pulak..

 malam tu pergi rumah ayu untuk tolong mana patut untuk akad nikah esok..The next day, akad nikah ayu and wedding.. Sebak siap menitis air mata bila geng chup-chup yang dah banyak susah senang bersama waktu zaman belajar dah kawen dengan izzat, her true love.  and boleh la tengok wedding culture orang sabah dyeorang main tarian sumazau kalau tak silap yang ada buluh bagai tu.. Best sangat tengok tapi nak try menari sekali takut mahu kaki tersangkut kat buluh tu buat malu je.yang menari tu semua budak-budak lagi kot yet semua talented. LOL. and about the food. Sedap. makanan sabah waktu kenduri best ada satu lauk ni yang aku dah lupa namanya memang best. The rest sama je macam kat semenanjung waktu kenduri.best sangat sebab rasa la jugak culture wedding tempat orang kan..


chup - chup girl.. mula - mula Bella now ayu pulak. Geng kami ramai sangat, and semua kos ada except PSV je kami tak geng.. hahaha.. Izzat, take a good care of Ayu taw..


kasi can laa pose macam model, ni pun tak tahu shoot ke berapa ratus baru dapat camni taw.. LOL


Habis wedding terus gerak pergi Hounan lepas check out siap2... tak expect jalan akan penuh berliku and lupa pulak kat sabah sejam awal so waktu tu pukul 5 bertolak dah gelap . Perjalanan ke Hounan penuh berliku macam cerita seram tu haa * imagine sendiri gelap, bengkang-bengkok, sunyi* . Kalau jadi pape memang tak tahu nak mintak tolong sape. Sangat susah nak ke sini tapi bila sampai hujan pulakkk. thank you waze and andi banyak jadi penunjuk arah.. Sampai kat hounan tempat dia tenag and sejuk jee..Waktu ni hati tengah sedih sebab a day before tu lah I have been humiliated by someone for being ugly and for loving him. tapi buat rileks je sebab ada kawan-kawan kenapa nak sedih.. Kat sini tido dalam dorm ramai-ramai ( sebab a bit cheaper, nasib baik tak sewa khemah hoii kalau tak memang basah kuyup sebab hujan lebat.. and tak menyesal pun drive macam tu penuh berliku sebab sunrise dia sangat lawa. bangun pukul 5 pagi untuk subuh and terus tunggu nak tengok sunrise. Sejuk tak yah cakap, tido tanpa kipas or aircond.. Tempat kat hounan sangat cantik, sangat-sangat cantik especially bila sunrise..kat sini makan magee je untuk breakfast, and beware of dogs here. tapi anjing kat hounan tak kejar orang so far.. haha

us. termasuk sepupu Andi join sama, so dapat kawan baru.. cantik sangat Hounan ni.. tempat dia macam kau boleh touch the sky..

no filter. Sunrise. Gaya aku baru lepas azan subuh.. Waktu ni pukul 6 pagi, umpama pukul 7 pagi kat Semenanjung.

Still kat Hounan. Nak buat photoshoot memang lawa.

Agung nya ciptaan Allah. beautiful sky painting made by HIM..Untuk kita rasa betapa besarnya ciptaan Allah..no filter. just the way it is. 




  hounan. 


Dah puas photoshoot kat hounan, kami check out and bertolak meneruskan perjalanan. Bertolak kena awal pagi dalam pukul 7 lebih dah gerak. Sebab perjalanan dia jauh kali ni.. Kali ni pergi  tengok gunung kinabalu known as Kinabalu Park..( kaki bukit je kami masuk ). stop kat sini hanya sekejap and terus kami bertolak pergi ke ladang lembu new zealand (kundasang dairy farm). Ni pun jauh jugak and kat sabah ni sebab tempat dia jauh tu yang makan masa. Pergi ladang lembu macam biasa bagi lembu minum susu, pastu beli susu and ambik gambar.Lembu pun dah tak larat nak minum susu hahaha.. sini pun tempat dia cantik sangat. Susu dia best, nak beli banyak takut tak tahan lama apatah lagi nak bawak balik semenanjung. beli dua kotak je and rasa aiskrim dia, pun sedap and berbaloi la beratur panjang untuk aiskrim free.. Hahaha


don't worry, all these cows are super kind. Oh they also got few goats with them.. Buy milk for them.. 

view kat sini pun super cantikkkk macam kat new zealand. Bukan sebab lembu je ala - ala lembu new zealand, view pun macam kat oversea.. 


cantik kan tempat kat Kundasang Dairy Farm ni. Lembu dia pun ala - ala lembu oversea gittewww



kat kaki gunung kinabalu.. that guy baru je turun dari gunung kinabalu waktu ni.. 


Habis kat ladang lembu, pergi war memorial park bayar tiga hengget untuk masuk. boleh tengok sejarah penjajahan kat Sabah waktu tu. Terrible. kesian kat mangsa waktu ni kena kerah untuk buat stesen kereta api..Ambik gambar lagi ramai-ramai kat situ sebelum gerak balik..




 again view kat sini pun cantik untuk tangkap gambar... 
War Memorial Park. I just love reading all the history written there. 

 pastu naddy  ni since gigih nak ambik gambar kat satu tempat ni yang ada wish tree macam dalam citer Simba the lion ( forgot the name ) pergi la mencari.. at last jumpa jugak selepas sesat and melalui jalan berliku.. Hahaha kerja nya tempuh jalan berliku je. tapi at least sempat sampai and sempat ambik gambar kat situ lepas redah semak. waktu tu dah maghrib and lepas shoot terus pergi rumah tepi bukit (walai tokou) kat area kundasang untuk stay kat sana semalaman. I forgot already the name tapi rumah tu adalah macam rumah orang sabah tepi bukit yang buat homestay. Nak naik ke lereng bukitnya tu memang mencabar. check in kat sana and makan malam dengan beli makanan kat pasar malam ( yeay beli bontot ayam panggang lagi )...

the next day pagi tu terus gerak pergi KK balik sebab nak hantar aku pergi airport and dyeorang pulak nak shopping. sambil tu sempat singgah kat kundasang beli buah segar. cuma terlepas pekan nabalu which naddy sangat la frust.I fall asleep tu yang tak perasan akan pekan nabalu padahal pernah je datang dulu. Sorry naddy..hahaha.And sempat singgah kat Jambatan Tamparuli. Kat sini ada sejarah dia yang seorang gadis dikorbankan kepada water spirit kat situ, kalau tak Jambatan ni tak kan boleh siap..seram tak ? Aku tak lama pun duk atas jambatan tu sebab gayat, luckily iffah ajak aku turun minum air milo hahaha.. Sempat jugak Singgah makan lokan bakar kat kundasang and air kepala. pehhh sedappp gilaaa..Then last destination hantar aku kat airport...Dyeorang sambung trip pergi pulau pulak lepas tu * so jeles okay * so that's the end of my trip.. Banyak juga la tempat kami sempat cover sepanjang trip tu. nanti kalau datang sabah lagi nak pergi pulau pulak.. and semestinya kumpul brooch mutiara, gelang tangan tak muat dengan aku sebab tangan kecik. susah betul bila kecik sangat ni...

on top of Jambatan Tamparuli.. 

eee dyeorang boleh siap landing tak gayat keee? Aku dah pening waktu ni bila jambatan ni goyang goyang kena tiup angin.. 


nanti kalau pergi sabah lagi nak buat ranau paragliding park.. Kenapa la manusia phobia dengan ketinggian macam aku ni nak jugak try buat bendalah ni kan..at least nak belajar overcome my fear. tu je..and nak cover pulau and naik parasailing.. hewhew.. can't wait to come again to Sabah. Nak apply posting kat Sabah tapi tahu mama tak kasi and maybe aku tak survive kat sini lama-lama sebab tak tahan sejuk..

p/s : nak honyemoon kat Hounan boleh tak??

roughly bUdget :

flight tix : KL - KK - KL : rm140
Sewa kereta & minyak  :  rm 250
penginapan hounan & wali tokou : rm 100
makan : rm 150
shopping : rm250

rm 800 plus minus.. Kalau nak pergi pulau bajet lain pulak, tapi since aku tak sempat join so tak tahu bajet berapa sekali naik parasailing..

Ayu, selamat melayari bahtera rumah tangga.. Semoga cepat - cepat dapat baby temankan baby dayyan bella. Boleh geng nanti..
           

No comments:

Post a Comment